728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Rabu, 27 April 2016

Resepi Ikan Bilis Goreng dengan Petai

Satu lagi resepi yang simple tapi super yummy! Siapa penggemar petai di sini? Kita boleh geng! Saya kalau dapat petai, tak kisahlah yang biasa, berebus atau yang berjeruk, memang suka bangat! Pekedai runcit kat area rumah saya pun, kalau ada orang letak petai kat kedai, confirm akan beritahu saya ;)

Kebiasaannya, saya makan cicah dengan budu atau buat sambal petai. Tetapi, kali ini kita buat goreng-goreng, tumis-tumis je. Bahan-bahan yang diperlukan: Hirisan bawang besar (terpulang nak banyak mana), hirisan bawang putih (2 - 3 ulas), hirisan cili merah (2 - 3 tangkai), ikan bilis (digoreng), petai secukupnya dan minyak masak untuk menumis. Oh, bagi yang tidak biasa makan petai raw, boleh rebus petai terlebih dahulu.Orang tua-tua kata, bila kita rebus petai tu, kuranglah sikit bau hebatnya.
Cara penyediaan: Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan. Tumis hirisan bawang merah, diikuti bawang putih dan cili hingga semuanya lembut dan naik bau. Masukkan petai dan biarkan seketika hingga petai lembut. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul sekata. Sedia untuk dihidang.



Selamat Mencuba!
 
Psstt! Jika mahu lebih lazat, boleh letakkan sedikit kicap makan dan perahan air limau kasturi.


24 ulasan:

  1. petai kalo dimakan 'raw' lagi power..rangup je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bilik air pon wangi jek... Keh keh keh

      Padam
    2. x perlu cuci lagi sbb dah wangi

      Padam
  2. Telan air liur .. Nyum nyum

    BalasPadam
  3. Boleh pack n jual ni kak

    BalasPadam
  4. Sedap tu makan dengan nasi panas :)

    BalasPadam
  5. ikan bilis tu wajib garing, cili padi, bawang kena banyak! hahahaha...baru syok!

    BalasPadam
  6. wahhh kita tak makan petai. tapi mmg suka ikan bilis, lagi lagi yang jenis rangup. kalau mak nak tabur kat nasi goreng, dia kena sorok kan sbb japg tengok tengok pinggan kosong. dari anak, menantu, cucu semua suka. one of lauk fav masa pantang jugak. eheheh

    BalasPadam
  7. Rajinnya Farrah, sangat menyelerakan tengok kut screen ni pun tertelan tekak, ada budu lagi la lazat :)

    BalasPadam
  8. Sedapnya!..yum yum.. dah lama tak makan petai yg boleh menguruskan mummy ni..hehhee :D

    BalasPadam
  9. tak pernah terfikir pun resepi macam ni sebelum ni.. selalu petai buat ulam atau sambal tumis.. lain macam ni.. makan dengan nasi putih panas.. ohoiii

    BalasPadam
  10. Salam sis..lama xsinggah...singgah2 dapat jamu mata dengan menu sedap ni....bestnya...terus rasa nak pi cari petak jugak...huhuhuhu

    BalasPadam
  11. Sedapnyaaaaa! Saya tak pernah try petai tapi tengok resipi ni terus rasa macam nak try hehe

    BalasPadam
  12. bahan semua ada ni farrah.
    mcm sok nak buat.
    tgk la dulu tahap kerajinan.
    baru balik holiday ni, kepenatan :) hi hi hi...
    sedap makan berulam bilis goreng petai ni :)

    BalasPadam
  13. itew makan kalo xdeee petai lalala..

    BalasPadam
  14. Sebelah umah cikgu ada kosong x? Nak sewa... He he he...

    BalasPadam
  15. sedapnya lah petai dan bilis..akak sukak tu

    BalasPadam
  16. PETAI!!! ofcoslah my feveret also..sedap kot tp part tak sedap tu bila buang air kecil..hadoi..harum serumah..itu sbb bila mkn petai mesti makan bersama terung supaya bila membuang tak busuk, mulut juga tak berbau

    BalasPadam
  17. ni kalau mkn nasi tgh berasap n7..x perlu lauk lain dah

    BalasPadam
  18. sambal ikan bilis febret suami ekin.. kalau buat sambal ni tak pandang lauk lain dah la nasi bertambah2

    BalasPadam
  19. sedapnya petai.. nasib tadi makan ulam petai..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...