Selasa, Ogos 16, 2016

Bukan Fatwa Pujangga Biasa


♪ Tapi sayang sayang sayang ♪
seribu kali sayang
 ♫ ke manakah risalahku nak kualamatkan ♪

Semasa kecil, citarasa muzik saya banyak dipengaruhi oleh arwah Babah. Aisyah, Ramlah Ram, Hetty Koes Endang, J. Mizan, Sudirman, artis baru,..artis lama,.. apa sahaja lagu yang Babah pasang, itulah yang saya dengar dan ikut nyanyi. One of my late father's favourite songs was Fatwa Pujangga. Jadi, secara automatik saya pun ikut suka sama. Cuma, masa kecil saya ni seorang yang perisau dan cengeng. Saya jadi curious bila dengar bahagian korus lagu. Siap tanya dekat babah kenapa risalah tu tak tahu nak dialamatkan? 

Babah, as usual in his 'bergurau-tak-pernah-nak-serius mode', cakap pada saya yang risalah/surat tu tak dapat nak sampai sebab rumah kekasih dia tak ada alamat. Woahhhhhhhh!!! Rumah tak ada alamat?! Macam mana nak deliver surat? Bagi saya yang ketika tu berumur 8 - 9 tahun, surat tak ada alamat dah cukup tragis dah! Kira masalah besar tuh! Maka, saya turut berduka nestapa! Setiap kali dengar lagu ni, bila tang 'kemanakah risalahku nak kualamatkan' saya akan jadi sedih dan risau bagi pihak si penyanyi. Heheheheh!

Fatwa Pujangga will always be my favourite. Saya suka susunan muziknya. Saya suka seni bahasa liriknya, elemen 'tragis' surat tanpa alamatnya ;) Tidak kiralah siapa yang nyanyikan...and it will always reminds me of my moments with Babah.

Terkini, buah tangan baru daripada penyanyi Firman Siagian (yang popular dengan lagu Kehilangan, Hatimu Batu dan Rindu Serindunya-rindunya) - another version of Fatwa Pujangga. Firman tampil berduet dengan Siti Liza. Apa istimewanya Fatwa Pujangga yang ini?

Itu kalian kena dengar dan nilai sendirilah. Apa yang boleh saya cakap - BUKAN FATWA PUJANGGA BIASA! 30 saat pertama lagu ni memang kita akan dibuai dengan alunan suara Firman menyanyikan rangkap pertama Fatwa Pujangga. The rest,...is a different rendition of Fatwa Pujangga! Tetapi,...saya sarankan dengar dengan hati dan minda yang terbuka. Then only you decide whether you like it or not.

Dah dengar? Suka tak? Well, for something new, fresh but at the same time masih mengangkat nilai muzik tradisional, I likeeeeeeee!


37 ulasan:

  1. nanti nak dengar laa lagu nih macam mana..

    BalasPadam
  2. siti liza? bukan siti nurhaliza kan?

    BalasPadam
  3. sedap lagu ni. tapi kite tak tahu tajuk lagu ni apa. hehe. hari ni baru tahu

    BalasPadam
  4. akak macam saya, memang banyak ikut taste muzik ayah. lagu dulu memang lirik sangat meaningful dan penuh seni.ok, nanti nak dengar lagu tu. Adakah sedap macam versi asal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Versi asal tetap win cuma versi yang ini diberi nafas baru :)

      Padam
  5. Sally suka lagu lama jugak...early 70s song la mmg favorite sbb papa & mama...chop, lagu dia slow sgt tapi kena tgk lirik la nak pahamkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah, tapi lirik dia simple je. Tak panjang sangat :)

      Padam
  6. Lagu fatwa pujangga ni juga buat auni cengeng. Awal2 lagu pun rasa nak nangis. Suara aishah sangat menusuk jiwa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita boleh geng! Version Aishah memang syahdu sangat!

      Padam
  7. best dengar lagu ni.... layannnnnnnnnnnnnnn

    BalasPadam
  8. Nasib baik cikgu cuma risau risalah x sampai sebab tak ada alamat... Kalu SS... risau posmen dah satu hal nak kena pulangkan surat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah nasib baiklah kan. Kalau tidak tak pasal2 babah kena bawak saya gi interview posmen pulak! ;)

      Padam
  9. Lagu firman yang kehilangan tu SS ske gak...

    BalasPadam
  10. 'kemanakah risalahku nak kualamatkan'? ke dalam hatimu heheheh

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.