NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.


Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat saya menulis entri ini, #lelakilangitbumi dah ada 20 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda --> #teamdiha atau #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak.


Selasa, 23 Mei 2017

Resepi Overnight Oat - Avokado dan Chia Seed

Satu lagi resepi OO kegemaran saya. Guna avokado. Sorry gambar kabur. Snap kat dapur depan peti sejuk 😅 Masa ni tergesa-gesa nak meninggalkan rumah.

My avocado and chia seeds OO. For this version, saya suka lebihkan susu.


Resepi Overnight Oat - Avokado dan Chia Seeds

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1/2 cawan instant oat/rolled oat (saya prefer guna instant oat)
  • 1/2 cawan susu segar/penuh krim/rendah lemak
  • 1/2 biji avokado dihiris atau potong jadi ketulan kecil
  • 1 sudu teh chia seeds
  • 1 sudu teh madu

Cara-cara Penyediaan:
  1. Masukkan oat, susu dan chia seeds ke dalam botol/mason jar/bekas minuman.
  2. Kacau hingga sekata.
  3. Masukkan avokado dan madu.
  4. Tutup botol/mason jar/bekas minuman dan dinginkan di dalam peti sejuk semalaman.
  5. Keesokan harinya, nikmati OO dengan senyum lebar. Jika OO agak pekat, tambahkan sedikit susu. Ikut cita rasa nak pekat atau cair sedikit.
Rasa lemak avokado lawan dengan madu,...super yummmmm! Selamat mencuba!


 

11 ulasan:

  1. sedapnyaaaa sik baik lom puasa lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhikhik boleh buat untuk sahur ni, Nies :)

      Padam
  2. Nani tak pernah try makan avocado. Macam sedap aje ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nani kalau suka rasa lemak-lemak buah, insya Allah akan suka avokado :)

      Padam
  3. Nampak sedap, sarapan pagi berkhasiat ni Farrah..
    Good idea, thanks for sharing..
    Save dulu bila2 sis boleh cuba buat.. ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..bangun pagi, buka peti sejuk,..mamam dan bertenaga untuk mulakan hari :)

      Padam
  4. ehhh nampak sdap jugak ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dap dap dap. Boleh letak buah kegemaran :)

      Padam
  5. sarapan yang berkhasiat.. tak berapa suka avocado..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...