728 x 90

Selasa, 13 Februari 2018

Foil Embellishments untuk Kraf Kertas

Setiap kali saya pergi beli barang untuk buat kraf, jika terjumpa sebarang foil embellishments memang saya akan beli. Apa itu foil embellishments? Foil embellishments merupakan hiasan kraf yang menggunakan kertas logam nipis berkilat. Logam nipis ini dipanggil kerajang. Ala macam aluminium foil tu. Kilat-kilat begitulah. Ada kerajang perak, kerajang emas dan warna-warna lain.



Gambar di atas ini sebahagian daripada koleksi foil embellishments saya yang ada dalam simpanan. Memang banyak kegunaannya buat saya mencantikkan projek-projek kraf kertas saya. Dari kiri:- foil stickers sentiments yang biasa digunakan misalnya be happy, celebrate, you are amazing, happy thoughts, today is the day dan special moments. Kemudian, ada foil clear sticker pad, foil butterflies (love these butterflies very much!!!), foil alphabet fonts dan akhir sekali di sebelah kanan tu, foiled statement pad (boleh baca lebih lanjut di entri ini.)

Cantik-cantik kan? Jika kita guna foil embellishments, projek kita,.. tidak kiralah kad, scrap page atau craft/art project yang lain akan jadi lebih menyerlah. Lebih berseri dengan adanya elemen kilat-kilat. Di bawah ini salah satu hasil kraf menggunakan foil alphabet fonts

Entri lanjut mengenai projek ini di sini.

Foil Clear Sticker Pad ini antara kegemaran saya. Produk Rosie's Studio. Kebiasaannya barang-barang Rosie's Studio saya beli di Mr. D.I.Y.  Tak berapa ingat harganya. Apa yang best, one whole pad dipenuhi dengan foil stickers as embellishments. Mari saya bagi sneak peak :)



Antara lembaran foil stickers. Sentiments/Quotes best-best yang inspiring. Saya suka setiap satu foil sticker dalam pad ini.


Yang ini pula various words or adjectives to spice up your projects: -  Setiap satu dipotong secara berasingan. Just peel satu atau beberapa perkataan yang sesuai, susun atas projek dan tekan supaya ditampal dengan sempurna.



Contoh kad-kad saya yang guna foil embellishments.

YOU ARE INCREDIBLE & PHENOMENAL



...yang ini kad Jedi, kononnya ikut tema Starwars. Boleh baca di sini.


...dan yang terkini, planner spread saya untuk mingu ke-6. Untuk minggu ini, saya buat tema A Touch of Gold. Semua guna foil stickers. Washi tape pun saya pilih yang ada foil polka dots.



Suka tak? Bagi saya, foil embellishment/s is a must have. Tak perlulah semua benda kena guna foil embellishments. Kadang-kadang dah siap buat kad, tiba-tiba rasa macam kad tu dull. Haaa, kita tambahlah sedikit hiasan foil untuk bagi nampak lebih menyerlah. 
  
Seandainya berminat boleh cari di Mr. D.I.Y. atau kedai buku POPULAR. Kebanyakan foil embellishments saya memang selalu beli di dua kedai ini.


15 ulasan:

  1. cantik.. jujurnya kan kalo CT jalan mana2 trjumpa kraf2 comel ni mesti ingat kat akak.. i love all these cute things but i wont use them. so gatai tangan nak membeli ada tapi tau nanti buat tangkap habuk kt rumah.. coz x guna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab teringat kat akak tu yang mahal tu hihihi betullll,...kalau rasa tak guna,...baiklah jangan beli. Ikutkan cantik comel kiut memang akan tergoda kita dibuatnya 🤣

      Padam
  2. p/s assalamualaikum... hadiah dah pos. in case x terima dlm tempoh lbh 2 mggu inform sy ya... terima kasih

    BalasPadam
  3. Untungnya orang pandai dalam kraf ni. Semua benda yang dia nampak, boleh dijadikan seni. Tahniah Farrah!

    BalasPadam
  4. wow ! cantiknyaaa... suka tengok hasil kerja kak Farrahh... nak lagiiii

    BalasPadam
  5. kalau gi popular tengok embellishment atau barangan kraf memang automatik teringat kak Farrah. hehe, terharu kan?

    BalasPadam
  6. Cantikkk! Suka lah tengok kak Farrah ni, kreatif sangat okay!

    BalasPadam
  7. Selalu nampak benda alah ni kat DIY.. TApi tak pernah terlintas nak beli..hahah

    BalasPadam
  8. Lepas nampak Farah buat ni..mana tau boleh bercambah idea mummy create sesuatu yang lebih menarik..

    BalasPadam
  9. Apa2 hasil kerja Farah memang terbaekk.. Cayalah!

    BalasPadam
  10. Anw nak tanya geng ketaq sihat..:D

    BalasPadam
  11. hye farrah. lama tak singgah sini. saya pun suka embelishment mcm ni, buat hias planner. biasanya saya beli kat Mr DIY jer. popular tu jarang sangat pergi. hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...