Ini menu makan malam kami beberapa hari lepas. Bersihkan peti ais dan freezer, tengok ada lebihan lontong dan sate ayam. So, terus tergerak hati nak buat lontong goreng.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Lontong/Nasi Impit/Ketupat (potong kecil-kecil)
- 1-2 biji bawang besar (mayang)
- Beberapa tangkai cili api (hiris halus), kalau tak mahu pedas, tukarkan kepada cili hijau.
- Setengah batang lobak merah (potong dadu). Boleh juga gunakan mixed vegetables.
- Ketulan sate ayam
- sedikit serbuk kunyit
- garam secukup rasa
- sedikit serbuk lada putih
- beberapa sudu kicap manis
- minyak masak untuk menumis
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak. Tumis bawang besar, lobak merah, ketulan sate ayam dan hirisan cili.
- Masukkan sedikit serbuk kunyit, serbuk lada putih, kicap manis dan perasakan dengan garam.
- Masukkan lontong. Gaul hingga sekata.Biar seketika atas dapur hingga semua bahan-bahan tadi tergaul mesra :)
Since saya pakai sate ayam, tak perlulah guna banyak-banyak rencah. Nak sediakan lontong goreng ni tak semestinya kena guna sate. Apa-apa bahan yang ada pun boleh. Untuk kepelbagaian, boleh buat lontong goreng guna rencah nasi goreng kampung (ikan bilis, belacan & cili api), lontong goreng ala Thai (perasa tomyam) dan lontong goreng kerabu (ketulan ayam, hirisan serai, bunga kantan, daun limau dan kerisik).
Selamat Mencuba!