Khamis, Ogos 28, 2014

Masak Campak Resepi

Hehehe itulah phrase kiut+comel dalam 'Search Keywords' saya semalam. Tersenyum seorang saya baca.








Rabu, Ogos 27, 2014

Operasi Setem

Malam tadi jadi burung hantu. Tak leh tidur. Nak buat kad atau buku skrap tak de mood nak crafty crafty. Nak petik si Kapok, takut Cekebon datang lanting saya ngan periuk pulak. Malam-malam buta memekak huhuhu,... Alih-alih inilah aktiviti saya. Rendam setem! Yang jadi teman setia saya, si Yuri. Sibuk masukkan 'paw' dia dalam bowl air tu. Becak jugalah zon sekeliling dibuatnya.

Saya memang suka tengok dan teliti setem-setem saya. Tengok gambar dan catatan events pada setem,..tengok warna,... Sekarang ada 1 lagi sebab untuk senyum apabila pandang setem. Saya akan teringat pada rakan-rakan blogger yang hantar surat, kad atau hadiah pada saya. 

Setem KLIA 2 dan bunga tasbih tu, from Dr. Shikin. Saya menang salah satu GA anjurannya. GA tu merupakan GA pertama yang saya menang hadiah. Excited sampai juling-juling mata! Setem kain pua dan cindai pula diterima melalui kiriman hadiah penyertaan daripada Mr & Mrs Hafiezy. GA sempena wedding anniversary mereka. Ni GA pertama yang saya sertai tau sepanjang saya berblogging. Nampak tak,..ada sentimental values :)

Setem-setem ni direndam sehingga gamnya tanggal. Kemudian, akan dibiarkan kering. Dah kering baru boleh masuk buku setem.