Selasa, Januari 20, 2015

Tak mahu 'flatline',...


Sukalah poster ni! Kalau tak ada turun naik dalam hidup, maknanya kita dah,.... toooooooooooooooootttttttttttttt! 

Selamat memulakan hari! Saya tengah mendidik sabar dekat klinik ni. Rasanya tekak kena infection sebab degil dua tiga hari ni makan sotong. Ramainya orang yang tidak sihat! Moga semua akan cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan sempurna.

Sambil menunggu giliran, makan popia beli kat cafe. Offer mak cik yang duduk kat sebelah saya. Dengan sedih dia geleng, "Tak  boleh makan lagi, belum check gula." Ala kesiannya. Dah pukul 10 ni. Dahla kena puasa dari malam tadi. Sabar banyak-banyak ye, mak cik. Bertahan ye....(popia terus masuk beg!)

Isnin, Januari 19, 2015

Book Challenge - A Book by A Female Author

OK. Saya nak mula tulis entri berkenaan Book Challenge pula. Nak tahu lebih lanjut, jemput baca entri di bawah ni:



A Book by A Female Author

Sumber Imej - Goodreads
Tajuk: Just One of The Guys
Penulis: Kristan Higgins
Bahasa: Bahasa Inggeris
Watak-watak: Chastity O'Neill, Trevor Meade 
Tahun diterbitkan: 2008, Harlequin Books

Menjadi Chastity O'Neill bukan mudah:

2015 Money Challenge

Sebelum ni saya dah cerita tentang hajat hati yang nak buat Book Challenge kan? Baca mengenainya di sini. Haaa,..ini satu lagi cabaran yang menarik untuk disahut. Money challenge. Tahun ni saya memang berazam nak menyimpan lebih banyak RM :) 52-week Money Challenge ni akan jadi tabungan 'tidak boleh usik langsung' saya. Mudah-mudahan by the end of 2015, saya akan dapat depositkan RM1, 378 dalam akaun.

2015 Money Challenge

Siapa nak cuba buat? Jom! Boleh cetak gambar ni untuk buat checklist. Mudah je sebenarnya,..berapa yang perlu kita tabungkan bergantung kepada bilangan minggu dalam tahun tu. Minggu pertama RM1, minggu ke 32, RM32 lah. Sekarang ni dah minggu keempat, jadi jumlah tabungan sepatutnya dah ada RM10 =)

Tetapi, saya cadang nak buat modifikasi sedikit. Saya fikir saya nak buat selang-seli. Selangkan minggu awal dengan minggu akhir. Contohnya, minggu ini ikut minggu ke - 4,.. minggu depan saya akan lengkapkan minggu ke-52. Jadi, hujung-hujung tahun nanti tak adalah sesak nafas nak asingkan lebih kurang RM50/minggu.


Ahad, Januari 18, 2015

Cara Paling Mudah Menyediakan Ayam Adobo (Chicken Adobo)

Resepi Mudah Ayam Adobo. Hari tu beri sneak peek untuk jamu mata je dalam entri sebelum ini. Sekadar tunjuk gambar hidangan tanpa diselitkan resepi. Hari ini saya kongsi resepi penuh ayam adobo yang sedap dan mudah disediakan.

Terdapat pelbagai cara dan resepi untuk menyediakan lauk ayam adobo. Antaranya adobo menggunakan resepi yang asas tanpa santan, adobo dengan santan malah adobo makanan laut juga ada!

Jom lihat resepi. Di bawah ini resepi asasnya, tidak pakai santan. 



Ayam Adobo


Resepi Ayam Adobo

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 300g - 400g ayam 
  • 1 cawan cuka
  • 3/4 cawan kicap (saya guna kicap lemak manis Jalen je. Bukan kicap pekat, bukan kicap cair.) 
  • 1/2 labu bawang putih (asingkan, titik dan buang kulitnya)
  • 1 - 2 sudu teh lada hitam biji - Tidak perlu ditumbuk/dihancurkan kerana kita mahu rasa lada hitam yang tidak terlalu kuat. Just nice.
  • 2 - 3 keping daun salam.
  • Garam (jika perlu)
  • Sedikit minyak untuk menggoreng ayam.

Cara penyediaan:
  1. Bersihkan ayam. Perap ayam bersama cuka, kicap, lada hitam, bawang putih (jangan lupa titik/tumbuk dulu untuk keluarkan rasa garlicky-nya) dan daun salam. Ada yang perap semalaman supaya perapannya lebih mesra. Saya perap 2 - 3 jam je. Dah cukup dah, insya-Allah.
  2. Setelah diperap, gunakan frying pan (kuali leper) dan panaskan sedikit minyak. Sedikit sahaja tau! Goreng ayam hingga masak dan bahagian luarnya crispy sedikit. Balik-balikkan ayam supaya gorengan sekata.
  3. Setelah ayam masak, masukkan kuah perapan tadi dan didihkan seketika sehingga liquidnya reduced dan memekat sedikit. Perasakan dengan garam (jika perlu). Jika mahu kerangupan bahagian ayam dikekalkan, keluarkan ayam dari kuali sebelum reneh dan pekatkan kuah. Apabila nak dihidangkan baru masukkan ayam ke dalam kuahnya. Dua-dua cara pun boleh.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!