Khamis, Ogos 06, 2015

Belajar Dekat Hogwarts

Assalamu'alaikum. 
Hari ini, seharian saya tak akan berada di tower. Pergi belajar dekat Hogwarts. Hihihi propa je. Ada tuntutan kerja di luar. Tetapi, sebelum saya menyepi sekejap, nak kongsi ole-ole London yang saya dapat lepas raya baru-baru ni.

Minggu pertama Syawal, Uje (my brother) dan Dhila (my sister in law) ke London sebab Dhila graduate master. Habis belajarnya tahun lepas lagi tetapi majlis konvokesyen lambat. Alang-alang ke sana, diorang pergi studio Harry Potter. Dulu time belajar tak sempat sampai. Apa lagi,.. dengar je Harry Potter, saya bagi senyum meleret paling manis nampak gigi. Senyum ada makna hihihihi senyum minta ole-ole :)


... dan inilah ole-ole London saya. Itu yang perasan jadi Harry Potter nak belajar kat Hogwarts.

Rabu, Ogos 05, 2015

Gift Ideas - Travel Keepsake Chain

Hari ini saya ingin kongsi satu gift idea menarik. Mudah dibuat, sesuai dan handy untuk si penerima yang kaki travel. Yes, diulangi untuk kaki travel :) Mana-mana sahabat atau kenalan kalian yang suka berkembara tu ... tak ada idea hendak beri apa ... bolehlah cuba DIY Travel Keepsake Chain ini.

Travel Keepsake Chain

Selasa, Ogos 04, 2015

Resepi Mudah Telur Paprik Istimewa

Satu lagi resepi mudah yang yummy untuk disediakan.

Telur Paprik Istimewa

Tetamu Hebat Julai - Nama Di Sebalik Teka Kata

Assalamu'alaikum.
Selamat Pagi Selasa!

Entri susulan Jom Cuba Nasib - Tetamu Terhebat Julai.

Straight to the point. Inilah pengomen-pengomen hebat From FAMF Tower untuk bulan Julai.


Mari berkenalan dengan mereka. Klik pada pautan di bawah ye :)