Selasa, September 22, 2015

Crafts Embellishments | Hiasan untuk Kraf yang MURAH!

Sebelum ini saya pernah ceritakan mengenai Crafts Adhesive Diamentes atau Gem Stickers di sini. Sekarang kisah hiasan-hiasan (embellishments) untuk kraf pula.

Apa bendanya embellishments ni? Hiasan yang macam mana? Guna macam mana? Untuk apa? Haaa ... kalau masih kurang arif, boleh rujuk entri-entri lama saya di bawah.

Contoh-contoh hiasan untuk kraf

Isnin, September 21, 2015

Si Bibir Bulat Seksi

Kisah minggu lepas.
Dapat posto daripada pihak Mentholatum.
Suratnya ada bonjol-bonjol.

apabila dibuka,...
terkeluarlah sebijik bibir bulat seksi ni.

Chu Lip NY, Brilliant My Way

Creamy Sweet Potatoes

Hidangan ini sepatutnya hidangan salad. Hajat hati nak buat salad keledek. Kebetulan ada lebihan keledek jepun bakar dan sedikit romaine lettuce. Tengah prep bahan-bahan lain, saya pergi buat panggilan jap. Lepas tu terus hilang fokus. Pergi kemas fail, angkat kain, main kejar-kejar dengan Yuri, sakat Cekebon,...dah buat macam-macam baru teringat yang saya nak buat salad sebenarnya.

Masuk dapur balik, I lost my greens! Dengan muka tak bersalah, si Bott tengah mengunyah daun salad terakhir. Bott ni memang dah macam kambing dah. Pantang nampak sayur! Daun salad ke,..ulam ke,..semua dia bedal dengan penuh selera.

Makanya,..tukar plan! Jadilah Creamy Sweet Potatoes.

Ahad, September 20, 2015

Jom Cuba Nasib bersama Huda nhhas

Assalamu'alaikum.

Baca betul-betul. Ini bukan entri Jom Cuba Nasib seperti biasa. This is an effort to spread awareness. Kesedaran tentang apa? OBAT,...err maksud saya UBAT. Lebih jelas lagi - Cara Penyimpanan Ubat. Adakah selama ini kita mempraktikkan amalan penyimpanan ubat yang betul?

Haa,...sambil-sambil duduk rehat santai hujung minggu ni, apa kata kita cuba nasib jawab soalan cepu emas di blog Huda.

Apa yang perlu dilakukan?
Mudah sahaja.