Khamis, Februari 25, 2016

I've Got A GUN!

I've got a gun! I've got a gun! My beloved one and only sister-in-law yang beri. Nampak tak,..bukan main cantik meriah berbunga-bunga bungkusan hadiah saya. Kad birthday pun berbunga-bunga but don't play-play! Apabila dibuka, ada senapang! Hadiah stylo penuh bergaya! Mana ada adik beri senjata dekat kakak untuk birthday? Dhila-lah orangnya :)


Rabu, Februari 24, 2016

Resepi Kouign-Amann Paling Simple

Salam Rabu!

Pernah dengar 'kouign-amann'? 'Kouign-amann' ialah sejenis kek yang berasal daripada Perancis. Tetapi, teksturnya lebih kepada roti sebab 'kouign-amann' dibuat menggunakan doh roti, kaya dengan mentega dan gula. Macam mana rasanya? OK, bayangkan roti croissant, luarnya rangup dan manis sebab ada gula yang caramelized di bahagian atas,... dalamnya lemak manis kerana doh 'kouign-amann' kaya dengan kandungan mentega dan lapisan gula.

Saya tengok di TV, terus teringin nak makan. Nama nak membuatnya dari mula, memang tak mampulah. Saya kalau resepi tu complicated, banyak sangat langkah-langkahnya,.. saya angkat senduk, lari pergi tengok TV. Jadi, kita guna shortcut ye. Ini resepi paling simple untuk 'kouign-amann'. Diulangi sekali lagi, paling simple. Bukan 'kouign-amann' yang betul-betul sempurna. Kita imitate je. Seperti biasa, apabila membuat hidangan pastri begini, saya akan guna kawan baik saya, puff pastry jenama Kawan :)

Selasa, Februari 23, 2016

25 THINGS THAT MAKE ME HAPPY

Assalamu'alaikum,

Saya ditag oleh adinda Yana (The Kehalusan Kelembutan)  untuk entri ini. Thanks so much, Yana. 25 perkara yang buat kita gembira. Fuhhh! Banyak sebenarnya! Saya ni jenis benda-benda kecil pun boleh buat saya happy berhari-hari. Makanya, saya senaraikan apa yang terlintas di kepala buat masa inilah ye,...


What to do?
Create a new post + Insert picture above 
List 25 things that make you happy 
Mention the blog that have tagged you 
Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged! 
Share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)