Jumaat, Oktober 05, 2018

Rumit Tetapi Terapeutik

Dua tiga bulan belakangan ini saya cepat tertekan. Banyak kerja, banyak komitmen tetapi saya malas hendak selesaikan. Sudahnya, seolah-olah mengheret, menghela diri dalam menyudahkan kerja. Belum campur masalah-masalah lain. Aisey, mana boleh stress kan?! Tak elok untuk kesihatan. 

Saya ni jenis malas berfikir. Bila kena berfikir, automatik mata jadi mengantuk! Kena fikir, tidur. Ngantuk, tidur. Stress, tidur. Muka dah macam pau kembung, sembab sebab asyik tidur! Makanya, untuk mengelak gejala sayang bantal dan tilam berlebihan ini, saya masuk bilik kraf buat kad. Biar produktif sikit.

Pada mulanya saya tidak perasan. Tetapi, apabila ditengok-tengok balik, sepanjang fasa minda dan jiwa libang-libu ni, saya cenderung untuk buat kad yang intricate. Yang rumit dan sedikit leceh sebab kena susun-susun, tampal-tampal.

OK, ini yang pertama. Setiap bentuk love di bawah, saya tebuk menggunakan craft punches yang berbeza, guna kertas dan warna yang berbeza. Kemudian, satu demi satu saya susun bentuk love di atas kad. Setelah siap, keluar bilik dengan senyuman lebar. Puas hatilah konon-kononnya.


Khamis, Oktober 04, 2018

Tertunggak - Terima Kasih, Anies!

Entri ini entri penghargaan tertunggak khusus buat Anies. Saya, tangguh dan tunda memang macam dah sinonim dah sekarang ini. Heheheh ini baru semak balik entri-entri yang terperam dalam draf. Mula nak terbitkan satu demi satu.

OK, nak cerita tentang hadiah yang saya terima daripada Anies. Sehelai tudung Aidijuma Gold Label ini merupakan hadiah kemenangan saya menyertai giveaway anjuran Anies pada awal tahun lalu. Hadiah ini dah lama saya dapat, dah pakai banyak kali dah tetapi seperti yang saya jelaskan tadi, entri terima kasihnya yang tertunda. Huhuhu nampak tak berapa lama entri ini terperam?! Nasib baik sempat publish sebelum 2019! 😄

Aidijuma Gold Label
Cantik kan? I like it very very much!  Personally, saya memang suka pakai tudung berwarna gelap terutamanya hitam. Tudung cerah atau pastel tak sesuai dengan saya. So, bertambahlah koleksi tudung saya! Alhamdulillah. Tudung ni jadi salah satu persalinan semasa Syawal. Kena dengan tema baju raya  pulak tu. Tetapi, gambar menggayakan tudung ni tak dan ambil.

Chords Sejarah Hidup - Rama Eru (Kunci Gitar Mudah)

Menunaikan permintaan. Request melalui e-mail. Tidak silap saya, lagu ini tidak dipromosikan di negara kita. Jika ingin dengar lagu ini, boleh layari Youtube. Bagi yang belum mengenali Rama Eru, Rama merupakan vokalis kumpulan Phoema yang suatu masa dahulu popular dengan lagu 'Cinta Butakanku' dan 'Wanita Terindah' (pernah jadi OST Drama Hati Perempuan).

Chords 'Sejarah Hidup' telah saya transposed ke C. Tetapi, kena guna capo - 7th fret. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower


Kunci Gitar dan Lirik Lagu Sejarah Hidup - Rama Eru (Easy Chords)

(Intro)
C G Am F G

C Em
Kau kenangan terindah
E Am
Yang terus tanpa terhenti cintai aku
F G
Dan kau kini telah terpisah
E
Mana mungkin lagi

waktu terulang kembali
Dm
Yang ku kenang
 G
Getarannya saja

Rabu, Oktober 03, 2018

Kord Gitar Ragaman - Faizal Tahir (Easy Chords)

Peminat-peminat Faizal Tahir dah dengar Ragaman? Atau dah masuk playlist? Dah jadi lagu wajib dengar berulang kali 😉

Ragaman menampilkan sesuatu yang lebih segar dengan suntikan elemen raggae dan pop yeh yeh. Catchy. Senang diterima telinga. Penggunaan bahasa pasar yang lebih santai dalam lirik membuatkan lagu ni lebih dekat dengan pendengar. Ragaman berkisar tentang omelan seorang suami melayan kerenah-kerenah si isteri. Funny, sweet and I guess relatable to most of us.

Video Muzik Ragaman dah terima lebih daripada 1 juta tontonan di Youtube. FT berganding dengan Nabila Huda. Best ke tidak, itu kalian kena tonton sendiri video muzik Ragaman di Youtube.

Tentang chords Ragaman pula, pada dasarnya bolehlah dianggap sebagai easy chords. Tetapi, ada Fm. Jangan bimbang. Jika jari tergeliat nak main chord Fm yang asal, boleh cuba main Fm simplified version seperti di bawah.


Fm di atas ini yang paling mudah. Tentunya bunyi tidak akan sesempurna chord Fm yang penuh. Tetapi, OKlah untuk kalian yang baru-baru nak belajar. Kalau nak belajar lebih lanjut chord Fm ni boleh rujuk di sini ye.

Kord Gitar From FAMF Tower