Ahad, Oktober 25, 2020

Lelaki Langit Bumi | Terima Kasih, Sha Mohamed

Assalamualaikum. 

Selamat berhujung minggu semua.

Bagi kalian yang ikuti blog saya dalam dua tahun belakangan ini pasti perasan yang sekali-sekala saya ada cerita tentang novel 'Lelaki Langit Bumi'.

Terlibat dengan sebuah kajian sosial yang gagal (ambil masa kami dalam dua tahun),  saya dan rakan-rakan sayang pula memikirkan perolehan kajian kami yang ibarat sia-sia. Jadi saya buat keputusan untuk masukkan semua itu ke dalam novel. Dari terbiar begitu sahaja, kita ubah jadi sebuah karya kreatif. 

Setiap kali ada masa terluang, saya akan tulis bab demi bab dan siarkan di Portal Ilham. Saja nak tengok reaksi pembaca di sana. Alhamdulillah, dapat sambutan. Rakan-rakan blogger pun ramai yang beri sokongan baca 'Lelaki Langit Bumi'. Saya siap import beberapa teman saya seperti Sha Mohamed dan Anies untuk buat penampilan istimewa bersama blog mereka di dalam novel itu.

Ada masalah dengan akaun saya di Portal Ilham, saya berpindah ke Wattpad pula. Di sini, sedikit demi sedikit saya mula kumpul pembaca yang setia tunggu kemas kini 'Lelaki Langit Bumi' saban minggu. 

Penghujung 2019, 'Lelaki Langit Bumi' berjaya disudahkan. Ambil masa bertahun! Siap sempat buat giveaway lagi. Ketika itulah ramai yang bertanya tidak mahu terbitkan ke? Saya memang tidak berniat untuk terbitkan sebagai naskhah fizikal kerana bagi saya novel ini sekadar percubaan saya asah bakat menulis. Banyak cacat-cela. Gabung pula tiga bahasa - Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris, dah macam rojak mamak dah! Saya tidak rasa naskhah ini akan diterima oleh mana-mana rumah penerbitan. Tidak lepas piawai. Belum campur sebahagian daripada LLB 'tersangkut' di Portal Ilham lagi, banyak pula isu lain akan timbul - isu hakcipta, karya basi/ second hand.

Tiada naskhah fizikal, ramai yang bertanya hendak beli e-book. Jujur, saya tidak tahu menahu tentang budaya jual beli e-book dalam pasaran pembaca di Malaysia. Jadi, saya diamkan sahaja sebab bagi saya dah siap LLB tu dah puas hati. 

Resepi Air Fryer - Tempe Goreng Garing dan Sos Harrah

Siapa suka makan tempe? Selain dibuat lauk, saya suka makan tempe goreng garing begitu sahaja. Sedap dikunyah sebagai snek waktu gatal gigi. 😆 Kali ini goreng tempe guna air fryer. Untuk resepi tempe ini, tempe dihiris nipis. Kemudian, saya perasakan dengan sedikit serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. 

Banyak mana? Agak-agak je. Oh, jangan lupa letak garam secukup rasa. Gaul sekata semua rempah dan sedia untuk digoreng.

Sejak ada air fryer, memang apa hidangan yang boleh disediakan menggunakan air fryer, saya akan guna air fryer. Dapatlah sediakan juadah yang lebih sihat, kurang minyak. Letakkan ke dalam bekas air fryer. Jangan terlalu penuh, nanti susah udara panas nak circulate untuk masak hidangan kita) dan masak selama 15 minit.

Bersedia untuk dimasak manja dengan air fryer 😉