Jumaat, Disember 24, 2021

Kegirangan ialah ... Kopi dan Brownut

 


Hapiness is ... by lastlemon


Coffee and cupcakes? Memang gabungan terbaik, kan? Saya tidak akan kata TIDAK pada secawan kopi dan sebiji dua kek cawan. Bayangkanlah kita santai-santai, duduk lepak dengan kawan untuk catching up session. Gosip gosip sikit. Hirup kopi panas yang berasap tipis sambil makan kek cawan yang manis berperisa. Indahnya!

Khamis, Disember 23, 2021

Setin Roti Rosemary Secangkir Kopi

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap kalian baik-baik sahaja. Cuaca masih tidak menentu dua tiga hari ini. Jaga diri baik-baik ya.

Di tempat saya sekarang agak sejuk. Tidak hujan tetapi dinginnya tu boleh tahan. Matahari main sembunyi-sembunyi di sebalik awan berat. Harap-harap kalau hujan nanti tidaklah lebat dan berterusan hingga mengakibatkan air naik.

Sejuk-sejuk begini alangkah indahnya kalau dapat makan roti yang panas-panas baru keluar oven. Lawan pula dengan kopi. Uishh, memang asyik! Perut tu pandai je berlagu minta diisi. Masalahnya malas nak bergerak! 

Buat-buat tak pedulikan perut, saya sort gambar dalam galeri telefon. Ternampak pula roti rosemary ni. Terus jadi bertambah-tambah lapar. Ini hidangan minum petang saya sewaktu bercuti minggu lepas. Setin roti rosemary panas dan secangkir cappuccino. Saya belum makan tengah hari. Memandangkan ketika itu tinggal beberapa jam sahaja lagi hendak makan malam, saya makanlah roti ini sekadar buat alas perut.


Roti Rosemary

Isnin, Disember 20, 2021

Misi 2022 - Baca Siri Laksamana Sunan dari Prolog

Semalam dah alang-alang duduk rumah tiada aktiviti khusus, Bott kemas bilik bacaan. Bersihkan buku-buku, lap rak, ganti humidifier sekali asingkan buku mana yang hendak dilupuskan atau diberi pada orang. Saya intai dari jauh sahaja sebab tidak tahan dengan habuk. 

Semasa jengah ke dalam bilik, terpandanglah beberapa buah novel yang disusun di atas meja paling hampir dengan pintu. Ada lapan buah semuanya. Novel-novel tersebut merupakan siri Laksamana Sunan karya Ramlee Awang Murshid. 

Saya tidak tahu pun yang Bott ada koleksi Laksamana Sunan. Jika diikutkan, yang terakhir sahaja - Saifudin Jalis: Musafir Cinta Meraga Sukma tidak dimilikinya. Dia kata dia malas beli sebab beberapa novel terakhir siri ini tidak segah tiga novel pertama. 

Gigih angkut keluar buku pergi dapur nak ambil gambar 😆