Selasa, Februari 22, 2022

Gaji-Namul - Masakan Korea yang Mudah Disediakan

Bagi peggemar masakan dari Korea, pasti kalian pernah cuba satu hidangan bernama Gaji-Namul. Gaji-Namul ialah terung kukus yang diperasakan dengan kicap dan beberapa bahan beraroma lain, merupakan hidangan banchan (side dish) yang biasa disediakan pada musim panas. 

Siapa-siapa yang suka makan terung atau tercari-cari idea untuk masak lauk apa ... saya sarankan kalian cuba Gaji-Namul. Hari ini saya akan kongsikan resepinya. Usah bimbang. Mudah sahaja cara penyediaannya.

Terung dikukus sehingga lembut tetapi tidaklah sampai mushy atau terlalu lembik. Masih mengekalkan tekstur dan rasanya.  Bahan perasa yang digunakan pun sedang-sedang sahaja dan tidak akan overpower rasa terung. Sedap dihidangkan dengan nasi panas, dijadikan salad atau diratah begitu sahaja sebagai appetizer

Tertarik tak? Tunggu apa lagi, jom kita tengok resepi!


Buat Kulit Jurnal Guna Kertas Tisu

Assalamualaikum. Apa khabar semua hari ini?

Sekarang saya jarang ada masa untuk buat kerja di bilik kraf. Jadi, apabila ada masa terluang sekali-sekala, memang saya gunakan peluang yang ada sebaiknya. Buat kad ucapan, buat hiasan untuk jurnal dan scrapbook, tulis jurnal, hias jurnal ... macam-macamlah.

Ketika mengemas salah satu laci, saya jumpa beberapa pek tisu cantik. Tisu yang biasa orang gunakan untuk buat decoupage tu. Terus saya teringat satu video yang pernah saya tonton di Youtube - buat kulit jurnal menggunakan tisu, plastik food wrap dan seterika. Apa lagi, saya pun cubalah buat. Sebelum ini saya pernah buat kulit jurnal menggunakan teknik kolaj (lihat di sini). Kali ini cuba pakai tisu pula. Dapatlah dipelbagaikan kulit junk journal saya.


Entri berkaitan: Apa itu Junk Journal?


Bahan-bahan yang diperlukan:

Kertas tisu bercorak dan plastic food wrap

Jumaat, Februari 18, 2022

Semua 1 Kilo

Assalamualaikum. Apa yang semua satu kilo? Meh sini nak cerita. Kacang-kacang yang saya beli di Enrico's, Lazada.

Kisahnya, saya beli kacang tanah, kacang hijau dan kacang kuda untuk stok pantri. Kacang tanah untuk digoreng. Bott kalau buat nasi lemak wajib ada kacang tanah. Kacang kuda untuk direbus dijadikan snek kunyah-kunyah antara waktu makan manakala kacang hijau untuk masak kuih kasturi dan bubur kacang hijau.

Saya pesan 500g kacang tanah, 500g kacang hijau dan 250g kacang kuda (kacang kuda memang tak beli banyak sebab masih ada berbaki di rumah). Semasa bungkusan tiba, saya yang terima. Terdetik juga di hati yang kotaknya agak berat tetapi tak syak apa-apalah.

Sesudah dibuka ...

Kekacang yang dibeli 😊

Khamis, Februari 17, 2022

Percubaan Pertama Buat Akok

Assalamualaikum. 

Hari ini cerita tentang percubaan pertama saya membuat salah satu daripada kuih tradisi Kelantan, akok. Asalnya, seperti biasalah rasa teringin hendak makan. Dah lama benar tidak jumpa kuih akok. Gerai tempat saya selalu cari kuih akok yang sedap asyik tutup sahaja. Di situ akok pandan pun ada jual. Mungkin mereka sudah tidak berniaga lagi.

Tengah-tengah mengidam akok, ada pula kawan kongsi gambar akok yang dibuat untuk hidangan minum petang. Saya pun apa lagi, terus mengendeng minta resepi. Alang-alang susah nak jumpa, kita cuba belajar buat sendiri!

Sebelum ini, saya tengok banyak video orang buat akok pakai acuan mufin atau kek cawan sahaja. Tak perlu susah-payah cari loyang tembaga untuk kuih akok. Cantik je kejadiannya. Kemudian, bakar akok pun dalam oven. Tidak perlu gigih cari sabut kelapa. Mudah, bukan? Nak akok versi autentik yang ikut cara penyediaan tradisi, kena tunggu rezeki di lain kesempatan. Sementara hendak lepaskan hajat tekak, kita buat cara moden, mudah dan jimat masa.


Resepi Akok Kedut Sedap dan Lembut

Akok kedut