Jumaat, April 04, 2014

Jeruk Bawang Putih Idaman Kalbu

Entah angin apa,..tiba-tiba saya teringin nak makan jeruk bawang putih. Ala,..yang biasa kita makan dengan nasi kerabu tu. So, sekarang ni saya bersiaran dari dapur. Percubaan pertama untuk buat jeruk ni. Harap-harap jadilah sesedap yang saya biasa makan. Oh, kongsi resepi dulu.

Resepi Jeruk Bawang Putih

  • 15 labu bawang putih (Tidak perlu kupas kulit. Basuh dan toskan.)
  • 2 cawan air
  • 1 cawan cuka
  • 1/2 cawan gula pasir
    1/4 cawan garam halus

Cara-cara Penyediaan
  1. Campurkan air, cuka, garam dan gula. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan bawang putih dan biarkan di atas dapur dalam 15 minit.  (Biar bawang putih empuk)
  3. Setelah bawang putih empuk (boleh dicucuk dengan garpu), tutup api. Biarkan sehingga betul-betul sejuk.
  4. Masukkan ke dalam balang atau bekas bertutup. 

Sediakan Minyak Bawang Putih untuk lazatkan hidangan/sebagai pencicah roti (Klik sini)

Rabu, April 02, 2014

Kerepek Bayam untuk Minum Petang

Kelmarin dapat rezeki beberapa ikat bayam. Besar-besar daunnya. Apa lagi, menu minum petang hari ini - kerepek bayam! Saya memang suka kerepek ni sejak kecil. Mula-mula tahu yang sayur bayam boleh dijadikan kerepek, punyalah saya excited! Bukan setakat jadi makanan untuk kuatkan si Popeye je ;)


Ini salah satu daun bayam yang dah jadi kerepek. Besar kan?

Kerabu Kubis

Sebenarnya dah lama sangat saya teringin nak makan kerabu kubis dan cuba buat sendiri juadah ni. Asyik tak jadi-jadi! Kelapa parut dalam freezer dah banyak kali keluar, then kena masuk balik. Ada sahajalah kekangannya. Tiba-tiba decide nak makan luar lah,...terfikir nak masak menu lainlah, lupa beli kubis...


Akhirnya,..my first attempt. Satu pinggan ni saya punya seorang :)

Selasa, April 01, 2014

Kertas Kitar Semula daripada Najis Gajah

What?! Kertas daripada elephant's poo? Saya sedang tonton The Amazing Race dan salah satu cabaran untuk para peserta adalah menghasilkan kertas kitar semula daripada najis gajah. Baru pertama kali saya dengar. Sebelum ni saya pernah baca mengenai sebuah syarikat di Tasmania yang menggunakan najis kanggaru untuk buat kertas dan alat tulis. Tak sangka pula najis gajah pun boleh dilakukan macam tu.

Kredit Imej: Norman Myers

Rupa-rupanya najis gajah juga sesuai dijadikan salah satu komponen bahan untuk kertas kitar semula. Gajah tidak menghadam makanannya hingga hancur. Oleh itu, najis haiwan ini kaya dengan serat yang boleh dibuat sebagai bahan asas kertas. Selain itu, apa yang menarik:

  • Najis gajah yang dikeringkan tidak berbau busuk.
  • Kaedah kitar semula najis haiwan untuk menjadi kertas bukan hanya daripada najis gajah sahaja, malah daripada haiwan pemakan rumput yang lain.
  • Kertas kitar semula yang menggunakan najis gajah sebagai bahan asas adalah antara kertas yang berkualiti.