Selasa, Julai 08, 2014

Tempahan 'Goodbye Card'

Ada tempahan farewell card. Ya Allah, dalam banyak-banyak kad, saya rasa inilah yang paling seksa saya buat! Bukannya apa. Kebetulan semalam saya dehydrated. Tak cukup tidur pulak tu. So, creative department dalam kepala saya ni jadi tandus idea. Semua yang saya buat serba tak jadi. Potong kertas senget! Tampal kertas comot! Masak jugalah nak siapkan sekeping kad. Akhirnya, setelah berhempas pulas dalam erti kata yang sebenar, siap juga. Alhamdulillah!

 
Goodbye Card

Ini personalised card. Ada nama si penerima dan jabatannya. Memandangkan kad belum lagi sampai ke tangan tuannya (masih diedarkan untuk ditandatangan oleh rakan sejawat), saya 'comot-comotkan' bahagian awan dan payung terjun tu. Bimbang pula kalau-kalau tuannya ternampak kad ni. Nanti jadi tak suprise pula :)



Kuih Kasturi untuk Moreh

Beberapa hari lepas dah buat inti kuih kasturi ni. Teringin nak makan.  Once inti dah pekat dan sejuk, terus masuk freezer. Tak jadi nak goreng sebab makanan banyak sangat. Hari ni tahap kerajinan tu tinggi sikit. So, saya bertapalah kat dapur, bentuk inti kacang jadi bulat-bulat sampai habis. Kemudian, goreng sedikit untuk moreh kat rumah :) Selebihnya, saya goreng separuh masak untuk didinginbekukan.


Kuih kasturi ni saya buat tak manis sangat. Jadi, Cekebon bolehlah makan banyak sikit.  Nak resepi? Rasanya saya pernah tulis entri mengenai kuih ni dulu. Cuba tengok di sini --> Kuih Kasturi untuk Minum Petang

Isnin, Julai 07, 2014

Doa Agar Mudah Tidur (Buat yang Mengalami Kesukaran untuk Lelapkan Mata)

Saya dan masalah sukar tidur memang dah sinonim sangat! Salah satu sebabnya, penyakit hyperthyroid yang saya alami memang buat mata ni susah nak lelap. Lagi satu, dari kecik memang suka 'stay-up' - rasa seronok masa panjang! Sekarang ni, orang lain dah lena dibuai mimpi, saya terkial-kial seorang diri. So, inilah sepotong doa yang sangat sesuai untuk spesies burung hantu seperti saya. 


Tafsiran Ayat:
“Ya Allah, telah lenyap segala bintang dan telah lelap semua mata sedangkan Engkau Sentiasa Hidup Lagi Berdiri, tidak mendatangi / mengenai Engkau mengantuk dan lena, wahai Tuhan Yang Hidup Lagi Berdiri, tenangkanlah malamku dan lelapkanlah mataku.”