Sabtu, Februari 21, 2015

Quench The Thirst

Kali ini kita intai entri-entri lama on drinks ye. Panas-panas ni, jom buat something refreshing untuk diminum. Klik pada gambar untuk pergi ke entri resepi yang berkaitan.


Susu Pisang ala Banana Milk Korea  

Susu pisang ini teksturnya lebih kepada smoothie. So, kita akan rasa kenyang dan kembali bertenaga lepas minum susu pisang. Manjakan deria rasa kalian dengan lemak dan manis dari pisang yang digunakan.

Minyak Kayu Putih untuk Batuk Berkahak

Assalamu'alaikum! Salam Sabtu semua! Hari ni nak cerita tentang khasiat minyak kayu putih untuk redakan batuk berkahak. Belakangan ni, saya berlawan-lawan batuk dengan anak murid. Sakit dada dibuatnya. Dah macam bunyi enjin motorbot tak boleh start pun ada. Saat-saat beginilah Cajuput Oil @ Minyak Kayu Putih jadi peneman setia.

Minyak Kayu Putih Cap Lang

Setiap kali saya kena asma, batuk berkahak, bernafas pun mula whizzing,... saya akan sapukan minyak kayu putih pada dada dan bahagian belakang. Alhamdulillah, minyak ni berkesan dan serasi dengan saya! Tidak lama lepas sapu minyak, akan keluarlah kahak yang menyesakkan dada. Kiranya Cajuput Oil ni ala-ala my 'kahak' inducer lah. Tak perlu pakai Mucinex!

Saya tak pasti keberkesanan jenama minyak kayu putih yang lain, tetapi saya memang pilih Minyak Kayu Putih Cap Lang ni. Harga botol besar 120ml begini sekitar RM10-RM12. Ada juga botol yang kecil. Minyaknya jenis light dan berwarna hijau cair. Tak greasy dan jenis tak panas (bukan macam minyak angin). Bau pun menyenangkan. Jadi, sangat sesuai untuk digunakan pada anak-anak. Bukan sahaja jika mereka batuk, kalau nak sapu untuk panaskan dada elak dingin malam dan kembung perut pun boleh. Cubalah beli sebotol dan simpan di rumah untuk kegunaan satu keluarga :)


Entri lain yang menarik: Panas dalam? Boleh cari Adem Sari :)

Psst! Jumpa nanti. Saya nak sambung edit a few chapters lagi. Then, baru nak blogwalking :)





Jumaat, Februari 20, 2015

Susun Setem

Hari ni cuaca panas betul! Dah masuk waktu Maghrib pun suasana masih panas membahang. Tak mengapalah, nanti kalau hujan tak berhenti-henti lain pula jadinya. Saya dah mula jalani perintah berkurung untuk siapkan kerja editing. Deadline by 28 Februari tetapi saya target nak cuba siapkan semuanya hujung minggu ni. Insya-Allah, moga diberi kelapangan oleh Allah.

Dah kepanasan sepanjang hari, buntu tak tahu nak buat apa. Serba tak kena jadinya. Alih-alih, saya masuk bilik kraf. Buat apa? Susun setem =) Baru-baru ni, kawan saya beri beberapa keping setem UK. Sebelum bertemu dengan saya, dia menemankan suaminya ke kedai menjual barang-barang hobi ni. Nampak setem, dia teringat pada saya lalu belikan satu pek. Terima kasih, Fiza. Dah tersusun kemas setem-setem pemberiannya dalam album. Alhamdulillah, bertambah koleksi setem dari luar negara saya :)

Setem baru masuk album ;)