Jumaat, Januari 08, 2016

Siapa Nak Washi Tape Fridge Magnet DIY Kit?

Assalamu'alaikum.
Ini bukan entry GA atau segmen.
Ini juga bukan entri Jom Cuba Nasib.
Hanya entri suka-suka.

Saya ada dua pek Washi Tape Fridge Magnet DIY Kit untuk diberi sebagai hadiah. No idea what it is?
Pelekat Peti Sejuk yang dibuat menggunakan washi tapes seperti dalam gambar di bawah.

...dan ini pek DIY Kit nya.

Kord Gitar Hati-hati - Amira Othman (Easy Guitar Chords) | OST Sha dan Shah

Sekarang ni kalau check e-mel, rata-rata requested untuk kord mudah dua lagu ni:- Hati-hati nyanyian Amira Othman dan Boleh Blah, single terbaru daripada NanaSheme. Maaf banyak-banyak ye adik-adik 'geytar' ku. Akak bukan tak nak layan, tetapi memang agak sibuk sejak sekolah buka. Almaklumlah, sekolah pondok akak pun dibuka semula. Tak ada masa nak belek chords dengan si Kapok.

Walau bagaimanapun, untuk tidak menghampakan mereka yang bersungguh-sungguh minta chords lagu-lagu ni, saya pilihlah salah satu dan buat easy chords. Lagu baru NanaSheme saya tak pernah dengar sebelum ni. Bila dah dengar, not my cup of tea. Lagu untuk anak-anak muda remaja. Don't get me wrong, NanaSheme did very well dalam menyanyikan lagu tu dengan cara dia, suara dia dan untuk generasi yang senagkatan dengannya. Tapi, lagu tu sendiri tak sesuai untuk umur akak-dah-layak-bergelar-makcik yang selalu jiwang layan lagu rock kapak ni ;)