Khamis, Mei 26, 2016

Rabu, Mei 25, 2016

Kotak Merah Penuh Makna SS | HH

Assalamu'alaikum,
Ini kisah Jumaat lepas. Saya masuk kelas pukul 9. Hari Jumaat saya kerja 1 jam je. Pantau keadaan kelas, jumpa 'The Cinonets'. Masuk-masuk, 'The Cinonets' dengan ceria menyapa saya. Belum sempat letak beg, dah berkejaran datang kerumun saya sambil bawa satu parcel di tangan. Parcel pos laju. Jiran saya yang tolong ambilkan dan hantar ke kelas pada malam tu.

Kebiasaannya, pukul 9.00 - 9.10, anak-anak kecil ini rehat belajar selama sepuluh minit sebelum sambung subjek seterusnya. Masa inilah mereka nak kongsi cerita dengan saya (budak-budak kecil pun ada gosip tau!), nak mengadu itu ini. However, that day, cerita-cerita mereka semua were put on hold. Sebab sibukkan hadiah saya..

Buka parcel,...Wahhhhhhhh! Kotak merahhhhhh!