Ahad, Julai 24, 2016

Resepi Telur Dadar Bertauhu

Ini salah satu variasi hidangan telur yang yummy. Selalunya kalau nak masak tak de mood atau buntu nak buat hidangan apa, ini antara dish mengelat saya. Senang dibuat, sedap pun sedap dan pasti terlajak licin. Secara asasnya, hidangan ni hidangan telur dadar + hirisan tauhu keras. Makan begitu sahaja dengan nasi. Cicah dengan sambal kicap atau kuah kacang untuk lebih terangkat :)



Sabtu, Julai 23, 2016

Selamat Hari Sabtu

Assalamu'alaikum.
Selamat Hari Sabtu. Salam Hujung Minggu.

Alhamdulillah, tugasan saya di luar selesai sehari lebih awal daripada yang dijangkakan. Bolehlah balik rumah bersantai-santai di tower. Update entri baru sikit, blogwalking raya sikit,...balas komen sikit,...
Oh, nak tunjuk nombor cantik,...captured minggu lepas.

Cantik kan?

Jumaat, Julai 22, 2016

Terus Mencintaimu - Wanns Ahmad (Easy Chords)

Guitar chords hari ini merupakan single pertama penyanyi muda Wanns Ahmad yang berasal dari Kelantan. Tidak silap saya, pertama kali dengar lagu ini dalam drama Lambaian Ramadan yang ditayangkan sepanjang bulan puasa baru-baru ini. Lagunya sedap didengar. Boleh layan. :)


Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Lagu Terus Mencintaimu - Wanns Ahmad


(Intro)
Am E Am E

Am Dm
Biarkanlah ku terus mencintai kamu
G C
Mencinta seperti waktu dulu
F Dm
Kurindu saat kita bersama
E
Mengikat kasih bahagia

Am Dm
Ku mahu kau tahu kau selalu di hatiku
G C
Tak mungkin ku kan ada yang baru
F Dm
Ku mahu engkau selalu tahu
E Am
Dirimu cinta matiku

Selasa, Julai 19, 2016

Sambal Ikan Bilis Asam Belimbing

Sambal ni buat dah lama sebenarnya. Masa bulan puasa hari tu. Kebetulan, pokok belimbing buluh kat belakang rumah berbuah. Lebat juga. Stok ikan bilis pun banyak, jadi buatlah sambal ikan bilis asam belimbing. Sambal ini lebih kurang seperti sambal hitam tradisi negeri Pahang cuma saya lebihkan penggunaan belimbing dan cili apinya. Lebih masam, lebih pedas.

Kalau ikut resepi sambal hitam, ikan bilisnya ditumbuk kasar. Saya nak buat banyak sambal ni. Memang awal-awal tahu diri tidak akan segigih mana nak tumbuk ikan bilis. Makanya, kita guna blender kering. Selepas ikan bilis dibersihkan, dibasuh dan ditus, blender sekali dengan cili api. Hasilnya akan jadi seperti di bawah.

Ikan bilis dan cili padi yang telah dikisar.