Sebelum ini saya pernah cerita tentang kad lipat-lipat yang saya buat (boleh baca
di sini), tetapi tidak berkesempatan hendak tunjuk rupa hasil sepenuhnya. Masa tu belum betul-betul siap. Apa yang berlipat-lipat? Apa istimewanya kita lipat-lipat? Haaa, mari saya cerita sikit!
Pada dasarnya, kad lipat-lipat ini dibuat menggunakan kertas kraf bersaiz besar (12 x 12) yang dilipat kepada beberapa bahagian (dan ada bahagian yang saya potong kerana tak mahu jadi terlalu tebal apabila dilipat). Ada banyak ruang untuk kad ini. Depaan, belakang, atas, bawah, kiri, kanan,.. jadi boleh letak banyak gambar, hiasan atau sentimen buat si penerima. Banyak ruang untuk menulis. Mana tahu ada nak tulis surat cinta ke, buat puisi berbunga-bunga ke,...😉
So, here is the final look.
Ini bahagian hadapan kad. Kad hari lahir dengan tema biru -
polka-dots and small sweet flowers. Untuk bahagian hadapan, saya tampal dengan kad
polka dots berwarna biru putih. Kemudian, saya tambah
chipboard embellishment -
Happy Birthday. Bahagian sentimen '
just for you' itu saya buat dengan menggunakan
clear stamps, assembled atas cebisan kertas kuning dan hijau. Kemasan tepi yang bercorak lengkung lengkung tu dibuat pakai
patterned scissors.