Rabu, Oktober 17, 2018

Kad Ucapan Tema Belon Panas | Hot Air Balloon

Dalam seni kraf kertas, jika nak hasilkan handmade cards, gift tags atau nak hias scrapbook, antara tema menarik yang boleh dipilih ialah Hot Air BalloonTema belon panas ni turut sesuai diangkat sebagai tema keraian istimewa. Misalnya,  birthday party, anniversary atau farewell.

Di bawah ini, saya kongsikan beberapa projek kraf kertas saya bertemakan hot air balloon


Hot Air Balloon Cards


Kad di bawah ini dipanggil explosion box. Kad ini berbentuk kotak yang ada beberapa layer dengan pelbagai hiasan dan features menarik. Insya-Allah, apabila ada masa saya akan buat satu entri khas mengenai explosion box.

Ini bahagian atas (hiasan pada cover kotak). A Good Luck Card. Belum siap sepenuhnya. Bahagian bawah sebelah kanan yang kosong akan diletakkan ucapan 'Good Luck' dan nama si penerima. Barulah ada sentuhan istimewa.

Jumaat, Oktober 05, 2018

Rumit Tetapi Terapeutik

Dua tiga bulan belakangan ini saya cepat tertekan. Banyak kerja, banyak komitmen tetapi saya malas hendak selesaikan. Sudahnya, seolah-olah mengheret, menghela diri dalam menyudahkan kerja. Belum campur masalah-masalah lain. Aisey, mana boleh stress kan?! Tak elok untuk kesihatan. 

Saya ni jenis malas berfikir. Bila kena berfikir, automatik mata jadi mengantuk! Kena fikir, tidur. Ngantuk, tidur. Stress, tidur. Muka dah macam pau kembung, sembab sebab asyik tidur! Makanya, untuk mengelak gejala sayang bantal dan tilam berlebihan ini, saya masuk bilik kraf buat kad. Biar produktif sikit.

Pada mulanya saya tidak perasan. Tetapi, apabila ditengok-tengok balik, sepanjang fasa minda dan jiwa libang-libu ni, saya cenderung untuk buat kad yang intricate. Yang rumit dan sedikit leceh sebab kena susun-susun, tampal-tampal.

OK, ini yang pertama. Setiap bentuk love di bawah, saya tebuk menggunakan craft punches yang berbeza, guna kertas dan warna yang berbeza. Kemudian, satu demi satu saya susun bentuk love di atas kad. Setelah siap, keluar bilik dengan senyuman lebar. Puas hatilah konon-kononnya.