Stainless Steel Straw
Khamis, Februari 07, 2019
Ini kisah penghujung tahun lepas tidak silap saya. Tetapi, nak cerita juga di sini sebab sekarang ini kita dah tak boleh guna straw plastik. Bagi yang biasa minum guna straw atau yang memang sukar minum tanpa straw (sebab nanti rasa ngilu ke tak selesa ke) ini alternatif untuk kalian - stainless steel straw.
Set straw stainless steel ini saya belikan untuk Cekengah semasa sale 12.12 Lazada tahun lalu. Asalnya, Cekengah bawa saya bersarapan di Common Man Coffee Roasters, TTDI. Kebetulan, air yang dipesan Cekengah tak ada straw. Bila kami minta, dapat pula straw stainless steel. Punyalah Cekengah excited. Saya pula jenis tak kisah sangat ada straw atau tidak. Lagipun, selalu jika makan di luar, saya akan pesan air panas atau minum air putih yang dibawa dari rumah sahaja.