Isnin, November 16, 2020

Resepi Kuih Bom Mentega Kacang | Kuih Bijan

Assalamu'alaikum,

Kuih Bom Mentega Kacang. Kuih Bijan Mentega Kacang. Bebola Mentega Kacang. Sebenarnya tidak ada nama spesifik untuk kuih ini. Ini kuih musim PKP. Lama peram dalam draf. Baru hari ini sempat terbit entri. 

Waktu tu, saya teringin sangat hendak makan kuih bom. Tidak kiralah yang intinya kelapa parut manis atau inti kacang, janji kuih bom. Tetapi, manalah nak cari. Zaman PKP beberapa bulan dahulu kan gerai-gerai kecil ni tidak boleh berniaga.

Makanya, saya cuba buat sendiri. Dah nama pun kuih musim PKP, guna bahan apa yang ada dalam pantri sahajalah. Yang penting, dapat menikmati tektur kuih bom yang kenyal-kenyal dengan inti manis.

Tanpa bijan putih, inilah kuih bom togel saya. Berintikan lepa kacang. Kebetulan, mentega kacang saya ini dah nak tamat tempoh. Kita jadikan kuih supaya tidak membazir. OK, jom intai resepi.


Ahad, November 15, 2020

Resepi Asam Pedas Mudah

Bayangkan, semasa perut tengah lapar kita disajikan dengan hidangan asam pedas berkuah pekat dengan nasi panas. Fuhhh, terliur tak? Tidak kiralah protein apa yang digunakan, daging, ikan atau ayam, janji ada bendi dan daun kesum secukupnya!


Sayalah orangnya yang suka masakan asam pedas, yang akan enjoy banjirkan nasi dengan kuah, ratah potongan bendi puas-puas. In fact, di rumah ini, jika buat lauk asam pedas, tidak perlu letak protein banyak pun. Yang penting kuah kena banyak, bendi dan daun kesum kena extra! Apabila bendi empuk tu dikunyah, kuah asam yang meresap dalam bendi meletus di mulut, nikmatnya!


Di bawah ini ialah panduan resepi asam pedas paling senang yang biasa digunakan di rumah. Walaupun saya ini asal dari Melaka, bab asam pedas saya pilih versi termudah. Ini kira resepi asas ya. Jangan pula dibandingkan dengan resepi asam pedas autentik dari Johor atau Melaka. Resepi ini menggunakan bahan-bahan asas sahaja, tidak pakai rempah tambahan lain seperti halba semua tu.



Hidangan asam pedas kegemaran. Tak perlu lauk lain dah! Hadap yang ini sahaja 😊

Jumaat, November 13, 2020

Collywobbles

Sudah lama saya tidak buat entri 'Word Mania'. Banyak je perkataan menarik yang ingin saya kongsi dengan kalian. Tetapi, asyik perap dalam draft. Tidak sempat menulis entri penuh. OK, hari ini kita belajar satu lagi perkataan baharu.


Pernah dengar collywobbles? 'Collywobbles adalah antara perkataan yang secara peribadi saya anggap comel sebutannya selain daripada ragamuffin dan snollygoster. Tahu tak apa maksud collywobbles? Boleh agak tak? Yelah, kadang-kadang sesetengah perkataan kita dapat jangka makna melalui sebutan perkataan itu sendiri.  

Baiklah, ini erti collywobbles.


Secara ringkasnya, collywobbles ialah keadaan yang dialami oleh seseorang apabila berhadapan dengan sesuatu - perut tak sedap, rasa queasy atau gemuruh dan berdebar-debar. Senang cerita ibarat having butterflies in your stomach. Jika 'ada kupu-kupu dalam perut' merupakan salah satu daripada english expression yang biasa digunakan, collywobbles ini pula lebih kepada perkataan slanga atau something informal untuk menggambarkan keadaan tersebut.

Khamis, November 12, 2020

Hiasan untuk Junk Journal

Sepanjang PKPB ini kebanyakan masa saya memang banyak dihabiskan dalam bilik kraf. Ada masa terluang sahaja masuk bilik kraf, buat embellishments, buat kad, tulis jurnal. Baiklah mengurung diri buat something crafty daripada dok menambah langkah ke dapur, buka almari, buka peti sejuk!

Sekarang ini saya sibuk buat hiasan untuk junk journal.  Jika kurang jelas apa itu junk journal, boleh lihat entri-entri saya sebelum ini. Selain untuk koleksi sendiri, adalah saya buat lebih sedikit untuk dijual di Carousell. Tetapi, sekarang ini sebab pergerakan terbatas hendak ke pejabat pos buat urusan pengeposan, semua transaksi saya di sana saya tangguhkan buat sementara waktu.

Kita buat je dulu, kemudian barulah masuk listing

Ini lebih kurang set junk journal untuk pemula. Terdapat hiasan-hiasan untuk ditampal pada halaman junk journal, tag, tali dan adhesive diamentes untuk menambahkan seri layout atau spread kita. Guna untuk scrapbooking pun cantik!