Isnin, Mac 22, 2021

Tips Buat Huruf Blok

Beberapa tahun sebelum ini saya ada tulis entri tentang cara untuk buat huruf blok. Asas huruf blok  penting dalam penghasilan poster grafik bagi anak-anak yang belajar lukisan atau yang ambil Pendidikan Seni dan Visual. Jemput baca entri-entri berkenaan di sini:


Hari ini saya ingin kongsi beberapa tips yang saya rasa berguna dan dapat dimanfaatkan supaya huruf blok yang dihasilkan lebih sempurna.


1. Berlatih di atas kertas grid


Kunci kesempurnaan huruf blok terletak pada keseragaman saiz. Secara dasarnya, kita perlu melukis kotak-kotak yang sama besar ukurannya (kotak-kotak inilah yang dipanggil tiga lima atau empat tujuh) sebelum mula membentuk huruf. 

Melukis kotak mungkin suatu proses yang dianggap menyulitkan dan boleh buat kita putus angin. 😓Jadi, biasakan diri berlatih di atas kertas grid. Carilah kertas berpetak (free grid paper template) seperti gambar di atas dan cetak. Susah-susah, guna buku tulis Matematik pun boleh. Kita dah jimat satu langkah. Tidak perlu susah payah untuk lukis kotak lagi. Saiz? Terpulang. Ikut keselesaan masing-masing. Sementara hendak mahirkan diri, pilihlah beberapa saiz yang berbeza.

Jumaat, Mac 19, 2021

Resepi Telur Dadar Ubi | Omelette with Potatoes

Gemar tak makan telur dadar untuk sarapan? Hidangan telur ini sangat mudah disediakan dan boleh kita pelbagaikan ramuannya mengikut selera. Antaranya tentu sahaja keju, hirisan tomato, hirisan kobis, lobak merah, jagung manis, bayam, sosej atau peperoni. Pilihannya tanpa batas, terserah selera.

Hari ini saya ingin kongsi resepi telur dadar ubi kegemaran saya. Saya menggunakan ubi kentang dan ubi keledek kuning. Kebetulan ada kedua-duanya di dapur. Selalunya saya akan buat guna ubi kentang sahaja. Kali ini biar bergabung keenakannya. 

'Keratan rentas' telur dadar ubi saya. Terliur tak?