Sabtu, Oktober 30, 2021

Kardigan Helene Sabella daripada Kak Sheila Adziz

Assalamualaikum. Selamat Hari Sabtu!

Ini entri penghargaan tertangguh. Bulan lepas, giveaway anjuran Kak Sheila (Sheila Inspire) merupakan antara giveaway yang saya sertai.

Alhamdulillah, setelah diumumkan senarai pemenang, saya antara yang terpilih. Terima kasih Kak Shiela sebab maklumkan pada saya. Waktu tu memang agak sibuk,  tak sempat berblogging atau blogwalking sangat. Jadi tak keep track pun giveaway mana yang sudah tamat, mana yang sudah umum keputusan.

Menang apa? Saya menang Helene Cardigan, produk Sabella yang popular dengan tagline ‘benda tak payah gosok, buat apa nak gosok’ tu. 😊

Selepas selesai beri butiran kepada Kak Shiela, saya lupa terus tentang hadiah tersebut. Sehinggalah pada 14 Oktober, tiba-tiba terima notifikasi daripada pihak DHL yang maklumkan akan hantar bungkusan pada saya.

Jumaat, Oktober 29, 2021

Be A Man in The Storm

Assalamualaikum. Seminggu lebih saya tidak jenguk blog. Entri terakhir pun entri Wordless Wednesday sahaja minggu lepas. Sebenarnya, banyak benda hendak dicerita ... hendak dikongsi. Tetapi, rasa malas menulis tu berlapis-lapis. 😂

Ditambah pula dengan masalah talian internet yang menduga setiap petala sabar. Entah sampai bilalah syarikat-syarikat telekomunikasi ini mahu guna alasan servis disedang dinaiktaraf demi kebaikan dan kesenangan anda entah. Si Kursar (kura-kura besar) yang viral tu jalan lagi laju! 

Kadang-kadang, rasa macam tercampak kembali ke zaman penggunaan telefon hanya untuk membuat dan menjawab panggilan. Dah, data internet ada banyak-banyak G pun tak berfungsi! Jadi, hari-hari lepas memang banyak diluangkan dengan aktiviti tanpa sambungan internet. Puas dan tenang hati saya tak perlu fikir tentang line laju ke line siput.

Apa khabar semua? Harap kalian baik-baik sahaja. 


Masuk-masuk, dah suruh jadi man in the storm. Haa ... ingat lagi entri saya mengenai apa jawapan unggul untuk persoalan bagaimanakah cara terbaik mendepani halangan dan cabaran hidup? How do you face setbacks in life?

Saya rasa saya jumpa sesuatu yang boleh dipertimbangkan sebagai jawapannya.

Rabu, Oktober 20, 2021

Kamomil

 Teh kamomil untuk petang yang santai.


Teh kamomil saya ini hasil rendaman bunga kamomil yang telah dikeringkan. Boleh juga didapati dalam bentuk serbuk atau uncang. Terdapat banyak jenis produk teh kamomil di pasaran. Kamomil merupakan antara teh bunga yang selalu jadi pilihan bukan sahaja kerana rasanya yang lembut, menenangkan malah disebabkan khasiatnya yang banyak untuk kesihatan kita. Teh kamomil turut dijadikan home remedy untuk merawat beberapa sakit ringan.

Saya lebih gemar beli bunga kamomil kering kerana saya sendiri boleh ubah tahap kepekatan teh dan rasa mengikut selera sendiri. Jika ingin rasa teh yang kuat, saya rendamlah bunga tu banyak sedikit. Jika mahukan yang mild, sekadar satu sudu teh sudah memadai.

Jemput minum, semua!


Pstt! iPhone kalian rosak? Haaa untuk ini kalian tak perlukan teh kamomil, kalian perlukan Chamo! Kunjungi Chamo di Seri Kembangan segera!


Laman Web: Chamo

017-282 8089

118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 

43300 Seri Kembangan, Selangor.



Selasa, Oktober 19, 2021

Gembira Makan Nasi Minyak Orang Kahwin

Ini susulan kisah sebelum ini. Kan saya dan Bott gantung kuali sebab ada jiran + orang kampung yang janji nak hantar makanan kepada kami. Menjelang tengah hari, saya dah ulang alik ke pintu gelangsar sambut kiriman mereka. Alhamdulillah, banyak rezeki semalam. Ini rezeki anak rantau rentas negeri namanya. Kami pun dapatlah tempiasnya sama.

Dalam banyak-banyak kiriman tu, ada satu yang betul-betul buat saya teruja. Nasi minyak orang kahwin! Pak cik saudara menikahkan anak perempuan sulungnya. Tiada majlis yang dibuat tetapi food packs diedarkan sebagai tanda kesyukuran meraikan kedua-dua mempelai.

Oh, lamanya tak makan lauk kenduri! Rasanya kali terakhir makan kenduri bulan 8 tahun lepas.