NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.


Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat saya menulis entri ini, #lelakilangitbumi dah ada 20 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda --> #teamdiha atau #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak.


Rabu, 17 Januari 2018

Resepi Tapai Goreng

Siapa suka tapai? Pernah makan tapai goreng? Saya memang suka makan tapai. Tidak kiralah tapai apa. Tapai ubi kayu ke, tapai pulut ke,..kedua-duanya saya gemar. Cuma sekarang lebih cenderung makan tapai ubi berbanding pulut sebab tidak suka yang manis sangat. Selain daripada makan begitu sahaja, saya juga paling suka kalau waktu cuaca panas terik dapat nikmati semangkuk cendol tapai pulut. Lagi satu, makan tapai ubi dengan aiskrim. Yummehhhh!!!

Tetapi, tapai goreng memang tak berpeluang rasa langsung sebelum ini. Biasa dengar dan baca mengenai tapai goreng. Tapai goreng ni popular di sekitar Pantai Timur. Dekat KL memang susah sedikitlah nak jumpa. Dah lama teringin nak buat. Masalahnya setiap kali saya beli tapai, tak sempat nak goreng. Tahu-tahu habis! Jadi, baru-baru ini memang sengaja beli tapai ubi kayu extra. Separuh diasingkan siap-siap untuk dibuat tapai goreng.

Inilah tapai goreng percubaan kali pertama saya. Resepi ini saya olah sendiri. Ada macam-macam versi resepi tapai goreng:- ada yang guna tepung beras sahaja, ada yang guna kapur makan. Saya buat bater adunan yang simple, kemudian letak hirisan daun sup untuk aroma dan rasa yang lebih ummmphhh!


Resepi Tapai Goreng Mudah Versi FAMF Tower

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tapai ubi kayu secukupnya
  • Tepung gandum* 
  • Tepung beras* 
  • Air secukupnya untuk membuat bater
  • Sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning
  • Hirisan daun sup
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng
Untuk kedua-dua tepung (*)  ini saya guna nisbah 2:1. Dua bahagian tepung gandum kepada satu bahagian tepung beras. Misalnya, jika guna 4 sudu tepung gandum, tepung beras 2 sudu. Satu cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung beras. Agak-agaklah ye nak buat bater adunan banyak mana bergantung kepada tapai yang kita ada.

Selain itu, boleh juga guna nisbah 1:1. Atau lebihkan tepung beras berbanding tepung gandum. Terpulang pada cita rasa.


Langkah Penyediaan:
  1. Bancuh tepung gandum, tepung beras dengan air sehingga menjadi adunan bater untuk menggoreng. Tidak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair.
  2. Masukkan sedikit serbuk kunyit, garam dan hirisan daun sup. Kemudian, kacau bater sehingga semuanya sekata.
  3. Panaskan minyak masak. Celup ubi ke dalam bater adunan dan goreng sehingga warna bertukar kekuningan.
  4. Angkat. Tus minyak. Sedia untuk dihidang. Nikmati dengan senyuman. 😃

Selamat Mencuba!

35 ulasan:

  1. x berapa suka. kalau mkn sy mkn tepung je ubi org lain mkn hahahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi kalau macam tu, saya buatkan Anies godok bawang je la,...:)

      Padam
  2. Lama tak makan tapai....tapai ubi kayu atau pulut dya2 PC suka...masuk peti ais...adoi...sedap...tapi tapai goreng ni tak pernah makan lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, PC. Suka dua-dua. Nanti kalau ada peluang, bolehlah PC cuba tapai goreng pula ye :)

      Padam
  3. Nani pernah tengok orang jual tapi tak pernah beli. Heheh. Selalu makan tapai yang bungkus dalam daun pisang tu aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti cubalah, Nani. Mana tahu kena dengan selera :)

      Padam
  4. Resepi baru ni...boleh cuba ni...

    BalasPadam
  5. SEDAPNYAA. WAWA suka makan tapai ni..")

    BalasPadam
  6. cikyan suka gak tapai.. tp xnk kn byk2.. tp yg ni mcm best je.. hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best, cik yan. Nanti jangan lupa cuba ye :)

      Padam
  7. wahhh boleh buat goreng ea... baru mummy tau.. Pakai tapai pulut takleh goreng ker..? mummy suka tapai pulut..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pernah cuba lagi, Mummy. Selalu tengok orang goreng yang tapai ubi je. Maybe kalau yang pulut ni kan basah berderai. Messy sikit la.

      Padam
  8. makan tapai pulut sbg dessert semasa raya puasa memang sedap. Lebih2 lg jika tapai tu sejuk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapai sejuk memang sedap dinikmati.

      Padam
  9. Wah,first time Zumal dengar ada tapai goreng...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada peluang Zumal cuba rasa pula ye...

      Padam
  10. hai kak farah. ana ni pulak tak pandai makan tapai hehehe. kalau tempe pandaila =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tak kena ye rasa tapai dengan Ana...

      Padam
  11. menariknyaaaa kite suka makan tapai ubi.. tapi tapai biasa lahh.. yg goreng belum try lagi..

    BalasPadam
  12. CT makan tapai pulut ubi kurang sikit. tu pun sebab tok orang utara memang suka tapai pulut belajarla makan sikit2. banyak2 memang kenot. tapai goreng yaa ? first time CT dngr..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada rezeki kita makan sama-sama. My treat :)

      Padam
  13. Sedapnya tapai ubi kayu.. lama dah tak jumpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang susah nak jumpa sekarang ni,..

      Padam
  14. aida x pernah makan.
    even ni first time aida dgr, farrah.
    tapai pulut is my feveret la farrah. lama tak makan ni. rinduuuu...

    BalasPadam
  15. Saya memang suka tapai, Aida. Dua-dua suka. Nanti ada kesempatan, bolehlah Aida cuba tapai goreng pula ye...

    BalasPadam
  16. sllu kt kg ade juall/
    suke sgt makan..tp xleh nak makan byk sgt

    BalasPadam
  17. Sha first time dengar tapai goreng.. Sedap ye sis?? Sha memang suka tapai tapi jenis pulut.. Ubi ini kurang suka.. Macam teringin pula nak rasa versi goreng ini..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...