Sabtu, 5 Disember 2020

Snickers White Limited Edition

Assalamu'alaikum. Salam hujung minggu!

Penggemar coklat putih dan coklat perasa kelapa mari merapat! Ada benda baik mahu dikongsi ni. Kalian sudah berpeluang rasa Snickers White Limited Edition? Pertama kali tahu tentang coklat ini adalah melalui blog Siti Humairah. Kes terpengaruh dengan entri Siti Yang Menaip lah kiranya.

Bila baca Snickers keluarkan coklat putih baharu, pada mulanya saya tidaklah terpancing sangat. Saya kurang gemar coklat putih. Tetapi, bab perasa kelapa tu yang buat saya tertarik. Terus kecur air liur sebab dah terbayang coklat ala-ala Bounty sedang berfiesta di dalam mulut. Tak boleh jadi ni. Kena beli.

Lagi-lagi baca review Siti yang tidak suka perasa kelapa pun boleh approved coklat ini. Oh my, I want my Snickers White!

Makanya, baru-baru ini sewaktu pergi beli barang basah dan keperluan rumah dengan Bott, Snickers White menjadi item pertama dalam senarai barang yang hendak dibeli. Masuk je pasar raya, si Bott pergi bahagian barang basah, saya tak menyempat tanpa lengah pergi serbu aisle coklat. 


Nampak je Snickers White ini, terus rasa nak grab dua tiga ketul. Konon nak lepas gian sebab lama dah tak makan BountyMujurlah saya cepat insaf. Tak ikutkan sangat rasa tamak haloba tu. Nanti terlebih makan, terlebih calorie intake, diri sendiri yang bising nak kena tambah daily steps. 

Beli satu je. Dalam satu pek ini ada dua ketul coklat mini. Cukuplah saya satu, Bott satu. Rasanya? Two thumbs up! Bayangkan kita ada Bounty dan kenyal-kenyal tekstur kekacang Snickers bergabung dalam satu kunyahan. Pas banget! Kombinasi rasa yang sempurna. Baik coklat putih mahupun kelapa, tiada satu pun overpowering rasa yang satu lagi. Coklat putihnya juga tidaklah terlalu manis. OK sangat jika dijadikan treat untuk diri. 


Saya rasa jika kalian bukan penggemar coklat perasa kelapa sekalipun, kalian akan enjoy nikmati Snickers White Limited Edition ini. 

Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lupa cuba dapatkan dan rasa Snickers White Limited Edition di pasaran.



16 ulasan:

  1. Ada baca Siti tulis ulasan Snickers.
    Tidak nampak masa lalu di laluan coklat. Apapun nasib baik suka kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, kena dengan cita rasa 😊

      Padam
  2. mcm tak sesuai dgn nina yg tak gemar kelapa dgn white choc. heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. No no no ... kalau tak gemar kelapa, jangan cuba. Abaikan saja 😊

      Padam
  3. Dulu Kak Amie tamak haloba tak boleh nampak snicker ni... bila dah sakit gigi, sedikit demi sedikit terpaksa bataskan ketamakan hahahaa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kita geng membataskan ketamakan, kak 😂

      Padam
  4. Sejak baca dari entri SYM haritu belum jumpa lagi snickers white limited edition ni ha. Harap ada rezeki lah merasa sebelum habis di pasaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah. Nanti kalau jumpa grab terus ya.

      Padam
  5. Kakmim bkn peminat flavor kelapa... tp boleh try ni.. rare... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang limited edition camni kena try Kakmim hihihi

      Padam
  6. wak pon sukak cokelat bounty kelapa tuuh., nntilah wak try snicker white ni pulakk., ;p

    BalasPadam
  7. for me yang tak suka Bounty i approve Snickers White ni..
    saya kalau makan Bounty mini tu sampai cair coklat dia x habis2 lagi haha..
    tpi this is good because flavor x kuat sngt..

    apesal eyh baca ni rasa nak pi beli pulak ? hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bijak percaturan snickers kali ni. Yang oat tu akak tak gemar sangat walaupun kalau ada depan mata akak tetap akan makan hahahah

      Padam
  8. Kelapa dan coklat putih ye.. cam menarik untuk dicuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik. Nanti ada rezeki cuba tau.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.