Memaparkan catatan dengan label Tips Dapur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Dapur. Papar semua catatan

Selasa, November 18, 2014

Boleh lagi atau Hukum Buang?

Awal tahun yang lalu saya ada kongsikan tips untuk menguji tahap kesegaran telur (lihat di sini), tetapi tiada sebarang rajah/gambar yang boleh dijadikan panduan. Found this! 

Sumber Imej - Perkongsian di Pinterest

Harap-harap bermanfaat :)  Tips ni amat membantu untuk kita kenal pasti yang mana masih edible dengan yang tidak. Ingat ya, kalau dah terapung, hukumnya BUANG!



Isnin, November 17, 2014

Bila Buat Kerja Tak Fikir | Jom Cuci Microwave

Ini kes lambat breakfast-lah ni. Pergi singgah blog Anis, ada pulak gambar-gambar makanan yang buat perut bergendang minta diisi. Tengok dalam peti ais ada pulut dan rendang daging. Apalagi, nak mamam cepat, terus je masukkan dalam microwave. Tingggg!

Rendang all over the microwave!

Bijak kan?! Buat kerja tak fikir! Tahu nak cepat makan je. Dahlah temperature tu saya letak high! Tak pasal-pasal kena bersihkan microwave. OK, jangan pandang lama-lama sangat gambar sisa rendang daging yang meletupkan diri sendiri tu. Saya nak share tips mudah untuk bersihkan microwave.

  1. Letakkan sebuah mangkuk yang berisi air dan cuka di dalam microwave.
  2. Panaskan dalam microwave selama 2 minit.
  3. Keluarkan mangkuk. Hati-hati, panas! Then, ambil tisu dapur dan lap bahagian dalam microwave hingga bersih. Tak perlu sental/gosok. Tak perlu guna sabun. Campuran air dan cuka yang dipanaskan somehow membolehkan sisa makanan yang melekat tanggal dengan mudah.

Bau microwave yuck?
  1. Potong beberapa hirisan lemon/limau nipis.
  2. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk yang diisi dengan sedikit air.
  3. Panaskan dalam microwave selama 1 - 2 minit.

Prevention is better than menyental/menggosok!
  1. Gunakan bekas khas untuk microwave yang ada lid dan lubang kecil khas  (Tupperware ada!)
  2. Pastikan kalian guna suhu dan masa yang betul. Kalau setakat nak panaskan roti, tak perlulah letak suhu tinggi/sampai 2 minit. 30-40 saat pun cukup!
  3. Untuk makanan yang berkuah dan berminyak, letakkan plastic food wrap yang tahan microwave. So, tak adalah minyak tu melompat-lompat keluar.

Harap tips ni membantu ;)




Ahad, Julai 06, 2014

Tips Berguna - Cara untuk Bahagi Dua Sukatan Resepi yang Menggunakan Cawan dan Sudu

Hmmm,..sekarang ni mesti dah ada yang mula buat biskut raya. Cuba resepi ini,..cuba resepi itu. Bagi yang nak cuba resepi baru, jangan terus buat satu adunan. Mana tahu kalau tak menjadi,..bantat ke,...rasa tak sedap ke,..atau adalah yang tidak kena, tidaklah kita membazir bahan-bahan kita.

Apa yang saya nak kongsikan hari ini ialah panduan berguna untuk bahagi dua (setengah) resepi yang menggunakan sukatan cawan dan sudu. Kalau ikut gram, senang je kita nak kira, kan. Tetapi, macam mana nak bahagikan 1/3 cawan tepung? Rujuk rajah di bawah ye.


Semoga jadual ini dapat membantu! :)



Ahad, April 20, 2014

Cara Mengurus Beg Plastik di Rumah


Familiar dengan pandangan semak sebegini?


Jangan buang plastik-plastik ni. Kita boleh guna semula. Cuma, supaya mata kita tak sakit tengok 'situasi plastik bergelimpangan' ni, kenalah buat sesuatu. So, hari ini saya nak kongsi cara untuk melipat beg plastik. Mudah sangat! Sambil-sambil tengok TV tu boleh buat. Perhatikan tutorial ringkas di bawah ye.

  1. Letak plastik atas permukaan meja. Ratakan plastik dan kemaskan lipatan ke bentuk asal.
  2. Lipat plastik supaya menjadi setengah daripada saiz asal. Kemudian, lipat lagi supaya menjadi suku.
  3. Buat lipatan berbentuk segi tiga bermula dari bucu bahagian bawah. Terus lipat hingga sampai ke bahagian tangkai plastik.
  4. Selitkan bahagian tangkai plastik ke dalam lipatan yang telah dibuat. Hasilnya akan kelihatan seperti gambar di bawah.
 

Once dah lipat banyak-banyak, bolehlah disimpan di dalam kotak/bekas/laci. Dapat jimat ruang. Bukan sahaja beg-beg plastik kita dah tak bersepah, malah lebih mudah untuk kita cari saiz beg plastik yang sesuai apabila kita nak guna. Saiz segi tiga yang kecil, maknanya beg plastik tu kecil. Kalau nak plastik yang besar, pilihlah segi tiga yang bersaiz besar.

Yang penting, kita tak simply buang plastik. Kita guna semula. Kuranglah sikit sampah kat muka bumi ni ;)
Let's Go Green!

Sabtu, Oktober 20, 2012

Cara Mengurus Stok Barang 'Baking' @ Barang Dapur


Selamat berhujung minggu! Syoknya cuti! Hmm, hari ni saya nak kongsi cara untuk menguruskan barang-barang dapur atau 'ingredients baking' supaya lebih tersusun. Ini melalui pengalaman saya sendiri. Setiap kali nak 'bake' atau masak setiap kali itulah saya berperang di dapur. Punggah laci itu, buka almari ini untuk dapatkan bahan-bahan yang diperlukan. Stok tepung bersepah sana-sini. Kadang-kadang dah buka dan guna tepung baru, baru perasan yang tepung lama masih ada berbaki.

Ada juga situasi saya dah beria-ia nak 'bake', tiba-tiba ada ingredient yang tak cukup. Aikkkk? Rasanya tepung custard ada lagi? Dah habis ke? Terus hilang mood!

So, saya pun lambakkan semua bahan yang saya ada atas meja. Aisy...sempat juga mengeluh kerana ada tepung yang bertaburan disebabkan plastiknya 'bertikaman' sesama sendiri huhuhu. Kebanyakan bahan-bahan yang saya ada dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, saya carilah bekas yang sederhana besar untuk muatkan apa yang patut :)

Okey, ini apa yang perlu dilakukan.

1. Sediakan bekas plastik/kotak sederhana besar. Asingkan bahan-bahan mengikut jenis.
Kumpulkan bahan-bahan yang sama jenis dalam 1 bekas. Contohnya, letakkan bijirin seperti oat dan nestum dalam 1 kotak. Tepung-tepung dalam satu kotak yang lain. Tuliskan kuantiti (dalam kg/pek) barang-barang tersebut.



2. Masukkan ke dalam kotak. Buat label senarai barang dan tampalkan di luar kotak.  Pastikan senarai ini mudah dilihat dan mudah untuk 'diedit' (apabila barang bertambah atau berkurang).

Tuliskan sekali tarikh luput bahan-bahan tersebut. Tidaklah nanti masa nak buat cookies baru perasan ada bahan yang dah 'expired'.


3. Susun kotak - kotak dengan label di bahagian hadapan.

Inilah hasilnya!

Selesai! Bolehlah kotak-kotak ini disusun atas rak/almari. Kucar-kacir bahan-bahan berjaya dibanteras!!! Heheheh kalau nak tengok satu-satu bahan tu ada atau tidak, rujuklah pada label yang dah dibuat. Bila ambil barang dari kotak atau ada pertambahan stok, jangan lupa 'update' pada label. Bahan yang nak expired boleh guna segera. Yang dah expired boleh buang. Jimat masa, jimat tenaga dan yang penting dapur kita lebih organized.