Jumaat, Februari 14, 2014

'Prebirthday' Presents

Birthday saya bulan 2. So, bulan 2 memang special untuk saya, but a bit 'ngeri' untuk my family members and my bestfriend. Sebab apa? Sebabnya saya memang wajib akan mengada-ngada banyak minta itu ini daripada mereka. Kononnya hadiah untuk birthday la :) Pernah satu tahun tu, saya buat countdown sebulan awal. Siap sediakan bakul besar so family saya boleh letak hadiah-hadiah untuk saya dalam bakul. Melampau kan? Saya ingat lagi, ibu setiap kali habis sekolah (masa tu ibu masih lagi megajar), akan singgah 'bookshop' sekolah untuk beli 'present' saya. Angah pula, mulalah cari apa sahaja barang yang dia ada untuk penuhkan bakul hadiah hari lahir saya. So sweetttt kan?!

Tahun ni, sebab dah sedar diri dah tua. Kuranglah sikit mengada-ngada tu. Hehehe tapi sebab dah terbiasa dengan perangai 'terkutuk' saya,...Ibu, Cekengah & Bott dah bagi hadiah! Kira hadiah pra hari lahir (if this even exists).

Tattadaaaaaa!
Barang kraf from Bott, mug utk kopi saya & Ferrero Rocher from Cekengah & Cekebon kasi 'duit jajan'.


Tempe Tumis Kicap dengan Biji Buah Cempedak

Ini satu lagi hidangan yang guna biji cempedak. Lauk 'Tempe Tumis Kicap'. Sedap, ringkas dan mudah sangat nak disediakan!


Resepi Tempe Tumis Kicap

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • tempe - (potong nipis-nipis dan kemudian digoreng sehingga masak)
  • 2 labu bawang besar - potong bulat
  • 7 - 10 biji cili api (ikut citarasa)
  • biji cempedak yang direbus (kupas kulit dan belah dua)
  • 3 sudu besar kicap
  • garam secukup rasa
  • minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili api dan tumis seketika. Kemudian, masukkan tempe dan biji cempedak. Gaul hingga sebati.
  3. Masukkan kicap. Perasakan dengan garam.

Dah boleh makan!

Lihat entri ini juga: Sambal Hijau Ikan Bilis dengan Biji Cempedak.