Ahad, Mac 16, 2014

Apa itu Circle Cutter?

'Circle cutter' atau pemotong bentuk bulat membolehkan kita menghasilkan bulatan yang cantik, kemas dan lebih sempurna berbanding dengan menggunakan gunting biasa. Terdapat beberapa jenis 'circle cutter' di pasaran. Salah satu daripadanya adalah seperti yang saya miliki ini.

Mempunyai satu jarum tajam boleh laras untuk menentukan saiz bulatan manakala satu mata pisau untuk memotong lilitan bulatan. Konsep penggunaan 'circle cutter' ini sama seperti jangka lukis.


Tetapi, 'circle cutter' yang lebih baik adalah jenis yang tidak akan mempunyai kesan lubang jarum di tengah-tengah kertas kerana tiada jarum yang perlu diletakkan di pusat bulatan. Letakkan mata pisau pada saiz bulatan yang dikehendaki. Kemudian, pusingkan 'cutter' sehingga mendapat keratan bulatan yang sempurna.

Selain daripada menggunakan 'circle cutter', kita juga boleh menggunakan 'circle punch'. Namun, penggunaan 'circle cutter' lebih praktikal kerana dengan satu alat ini kita boleh dapatkan pelbagai saiz bulatan.

Kad Ucapan Menggunakan Kertas Pembalut Hadiah

Sebenarnya, untuk membuat kad ucapan sendiri, tidak semestinya kita menggunakan bahan-bahan yang mahal. Dengan kos yang kecil, kita tetap dapat hasilkan kad yang cantik jika kena gayanya. Misalnya, kad di bawah ini, saya cuma pakai pembalut hadiah.


Kad ucapan terima kasih

Kad ucapan 'Terima Kasih',  saya buat bertemakan bunga-bunga yang berkembang mekar pada musim bunga. Saya berkenan corak kertas pembalut ini. Meriah sangat bunga-bungaannya. Jadi, saya potong dan tampal pada kad supaya dapat dijadikan latar bahagian hadapan kad ucapan saya.

Setelah itu, saya gunakan sedikit jalur kertas polka dots berwarna kuning dan oren dan tampal di sebelah sisi kanan kad. Untuk menambah seri, saya letakkan beberapa butir crafts diamentes berwarna merah jambu pada kuntuman bunga dan seekor kumbang hiasan di atas sentimen Terima Kasih.

Cantik, tak?

Bait-bait Doa Dhuha dalam Lagu Sahrul Gunawan

Saya dengar lagu ni ketika sedang berbual dengan Cekebon saya depan TV. Kebetulan masa tu ending slot 'Kifarah' TV3. Syahdu je dendangan lagunya. 'Paused' borak dengan ibu, terus saya capai pen dan sticky notes. Sebahagian lirik lagu yang saya dengar saya catatkan pada lembaran sticky note.

"Kakak buat apa?"

"Catat lirik lagu ni. Kakak nak search kat internet lagu apa. Lirik dia pakai doa sunat dhuha kan, Bu?"

"Memang tajuk lagu ni Dhuha pun." (Dengan bersahaja ibu respon pada kata-kata saya).

"Aik? Macam mana ibu tau. Ni lagu Opick ke?" (Ibu peminat 'tegar' Opick, so make sense-lah kalau dia tahu lagu tu. Tapi tak dengar macam suara Opick pun...)

"Ni ha...nama penyanyi dia Sahrul Gunawan." (Ibu balas sambil tunjuk paparan 'credit title' di skrin TV.)

 
Buat muka kelat dan terus letak pen. Memang ada kalanya saya ni 'kurang bijak'. Kenapalah tak terfikir nak tengok 'credit title'?!

Lirik Lagu Dhuha - Sahrul Gunawan

Ku berdoa, dalam dhuha
Dua tangan menadah, ku meminta
Limpahan rahmat, limpahan rizki
Rizki halal dan baik, yang Kau ridhoi

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan

Ku tertunduk dan bersila
Dua mata terpejam, khusuk berdoa
Sajadah panjang, basah terbentang
Air mata menetes, mohon dikabulkan

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan

Bila masih haram, engkau sucikan
Bila masih kotor, engkau bersihkan
Tuhan


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.