Sabtu, Julai 26, 2014

Apa Kaitan Kangkung, Panda, MH370 dan Cadbury dengan HARGA DIRI?

Dalam *banyak-banyak kad raya yang saya dapat (actually, tak banyak mana pun), ada sekeping yang betul-betul buat saya tersenyum. Selain daripada mesej dan ucapan biasa sempena hari raya, si pengirim titipkan mesej berkenaan harga diri. Mari saya kongsikan dengan kalian.


Harga diri seseorang itu janganlah semurah kangkung
tetapi tidak juga perlu semahal panda,
kerana apabila ia hilang seperti MH370
ia akan dihina dan dikeji seperti Cadbury.
Jadi, harga diri perlulah sentiasa meningkat,...
seperti tarif elektrik!


Nota Senyum: Hehehe saya suka bahagian akhir tu!


Ahad, Julai 20, 2014

Ketika Hati Mati - Peringatan untuk Diri

Siapa tengok drama 'Ramadan Jangan Pergi'? Hmm, selain daripada lagu utama oleh Lufya, terdapat sebuah lagu best - 'Ketika Hati Mati' yang dinyanyikan oleh Sahrul Gunawan, yang popular dengan lagu-lagu Islamik seperti Dhuha. Sejuk je terjah pendengaran ni. Mesej dalam lagu tu yang buat hati tersentuh. Jom sama-sama kita hayati.


Lirik Ketika Hati Mati - Sahrul Gunawan

Ketika hati mati, mulut terkunci
Mata pun buta, telinga pun tuli
Tak satu kebenaran bisa diterima
Nikmat Tuhan yang mana harus didustai

Mengakui Allah tak menyembah-Nya
Mengakui Rasul tak mengikuti sunahnya
Mengakui Qur’an tak jadi pedoman
Mengakui akhirat tak mempersiapkan bekal untuk mati

Mengakui Allah tak menyembah-Nya
Mengakui Rasul tak mengikuti sunahnya
Mengakui Qur’an tak jadi pedoman
Mengakui akhirat tak mempersiapkan bekal untuk mati

Mengakui Allah tak menyembah-Nya
Mengakui Rasul tak mengikuti sunahnya
Mengakui Qur’an tak jadi pedoman
Mengakui akhirat tak mempersiapkan bekal untuk mati

Ketika hati mati, mulut terkunci

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.
 
 

Sabtu, Julai 19, 2014

Resepi Mudah - Sambal Hijau Tempe dan Tauhu


Sambal tempe dan tauhu ni mudah je nak disediakan. Selalunya saya buat guna cili merah atau cili kering. Kali ni tukar selera, kita guna cili hijau pula. Goreng tauhu dan tempe yang telah diperasakan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan. Tumbuk kasar cili hijau (lebih kurang 10 biji) dan tumis bersama sebiji bawang besar (didadu) sehingga cili masak. Masukkan dua sudu besar cuka putih dan sedikit garam. Biarkan seketika. Kemudian, gaulkan dengan tempe dan tauhu. Sedia untuk dihidang :)


Eh, kejap! Biar saya tepek resepi sambal hijau di bawah ini:


Resepi Sambal Hijau Mudah

Bahan yang diperlukan:
  • 1 - 2 labu bawang besar (potong dadu)
  • 4 - 5 ulas bawang putih (mayang)
  • 6 batang cili hijau dan 5 batang cili api (cili ni ikut citarasa masing-masing - boleh tumbuk/blend saja)
  • 1 keping asam keping
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Panaskan kuali. Masukkan 2 ke 3 sudu minyak. Tumis bawang merah, diikuti dengan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili hijau dan cili api. Tumis hingga garing. Masukkan asam keping. Perisakan dengan garam. Hasilnya sepatutnya jadi macam sambal berlada hijau.