Jumaat, Januari 02, 2015

Resepi Mudah - Ayam Sambal Cili Api

Siapa yang suka makan pedas? Ini resepi untuk anda. Ayam Sambal Cili Api. Berdesupppppp rasanya ;)

Ayam Sambal Cili Api

Resepi Ayam Sambal Cili Api

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 350g ayam (atau lebih mengikut keperluan hidangan) - lumurkan dengan garam dan kunyit, goreng dan ketepikan.
  • Segenggam cili api (kisar)
  • 5 batang cili hijau (kisar)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 - 3 sudu besar cuka
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar. Masukkan cili yang dikisar dan tumis hingga masak.
  2. Masukkan cuka. Rasa kemasamannya. Jika perlu, tambah lagi sedikit cuka.
  3. Perasakan dengan garam.
  4. Gaulkan dengan ayam yang telah digoreng. Sedia untuk dimakan.

Saya gunakan cili hijau untuk dapatkan elemen rasa sambal hijau dalam hidangan ini. Jika anda tidak mahu sambal yang pedas, boleh tukarkan penggunaan cili api kepada cili hijau sepenuhnya.


Untuk Projek Kraf Kertas 2015

Inilah stok baru saya untuk 2015! Senyum lebar sampai ke telinga. Sepanjang bulan Disember tahun lepas memang kerja saya shopping barang kraf je sebab POPULAR ada sale hujung tahun (Ada tulis mengenainya di sini). Yang di bawah ni, borongan terakhir saya untuk 2014. Petang tadi baru berpeluang kemas dan belek apa yang saya dah beli.

Dah boleh masuk inventori :)

Ada stickers, buku fonts, glue tape refills, designed papers, chipboard embellishments, ribbons dan paper embosser. Haaa, mata bulat gerak-gerak dan paper cut-outs pelbagai bentuk tu pula untuk buat alat bantu mengajar. Yang berbaloinya semua barang di atas dapat potongan 10 - 30% :)

Bulan ni saya ada beberapa tempahan projek kraf kertas seperti buku skrap, buku tetamu dan greeting cards. Masa untuk kerah idea bermula :) Insya-Allah, nanti saya akan kongsikan mana-mana projek kraf yang mudah untuk kalian cuba buat.

Want to get crafty? Cuba intai tutorial-tutorial di bawah:

Psst! Saya belum sempat nak blogwalking & balas komen. Kita jumpa nanti ye...