Khamis, Oktober 24, 2019

To Fold or Not To Fold

Saya pergi makan di Macha and Co. Tertarik tengok info yang diletakkan atas meja. Berkenaan daun pisang yang kita gunakan. Kan jika kita makan atas daun pisang, selepas selesai kita kena lipat daun pisang tu sebagai tanda kita dah habis makan.

Selama ini saya ingat boleh je lipat sesuka hati. Rupanya ada one tiny (but quite significant rule) yang kita kena observe.


Sebaiknya, daun pisang yang telah digunakan itu dilipat ke arah kita. Ini sebagai tanda kita appreciate hidangan yang sudah kita nikmati. Ingat ye, lipat ke arah kita. Jika sebaliknya (lipat ke luar, ke arah bertentangan), kita seolah-olah agak rude sebab tindakan lipat daun pisang ke luar hanya dilakukan ketika upacara pengebumian atau acara lain yang berkaitan dengannya sebagai menzahirkan takziah pada keluarga si mati. 

Jumaat, Oktober 18, 2019

Masak Lemak Cili Api Daging Salai Frozen

Gulai lemak cili api daging salai. Terliur tak? Haaa hidangan autentik dari Negeri Sembilan ini sememangnya menjadi kegemaran ramai. Terutama sekali bagi yang suka makan hidangan pedas. Terangkatttt! 

Saya memang suka. Suka gulai lemak cili api. Suka daging salai. Tetapi, hendak seru rajin untuk menyalai daging tu memang tidaklah. Bab-bab begini, saya lebih selesa jadi tukang makan sahaja. 😉  

Rezeki saya, baru-baru ini seorang kenalan Cekebon beri pek frozen ni. Bukan biasa-biasa. Ini pek daging salai frozen untuk masak lemak cili api. Cekebon tak boleh makan daging dan lauk pedas-pedas. Makanya, jadilah rezeki saya! Punyalah saya teruja! 

Daging salai yang sudah siap dihiris nipis. Satu bekas penuh ya. Extra point daripada saya sebab sangat memudahkan kerja!