Assalamualaikum.
Pernah dengar tentang sambal matah? Ini salah satu daripada variasi hidangan sambal yang terdapat di Bali. Sambal ini sangat mudah disediakan kerana pada dasarnya kita hanya perlu hiris bahan-bahan yang diperlukan sebelum dicurahkan dengan minyak kelapa.
Lebih kurang beginilah rupanya. Tolong abaikan hirisan saya yang kasar-kasar boleh buat tampal seluar koyak tu heheheh. Waktu saya buat sambal ni, tengah nak kejar masa. Kebetulan, orang yang rajin hiris halus-halus dan cantik berseni (Bott) tiada. Tangkap muat sahajalah jawabnya asal sambal siap.