Isnin, Oktober 10, 2022

Dim Sum Enak untuk Minum Petang

Assalamualaikum. Tengah buat apa? Puas tak dapat berehat cuti hujung minggu extra satu hari?

Saya hari ini bermalas-malasan sepanjang hari. Tak produktif langsung. Padahal ada banyak je kerja yang perlu dilunaskan. Tetapi, sebab hari ini cuti, automatik badan dan fikiran ini langsung tidak mahu fikir tentang kerja. 

Semalam dah keluar jalan-jalan, jadi hari ini lepak dan beristirahat di rumah sahaja.

Kalian sudah minum petang? Saya baru lepas mengisi perut dengan dim sum. Buka peti dingin beku tengok ada sepek dim sum beku. Biasa orang makan dim sum untuk sarapan tengah hari (brunch). Kali ini, kita bawa hidangan brunch ke waktu minum petang.

Malas hendak keluarkan periuk mengukus, saya kukus guna ciri kukusan pada ketuhar gelombang mikro sahaja. Lebih cepat dan mudah. Cuma masukkan ke dalam bekas kukusan, letak air di bahagian bawah bekas dan kukus. Untuk makanan beku seperti dim sum ini, cuma perlu kukus sekitar lima ke tujuh minit.


Ting! Siap!

Sedia untuk dinikmati.


Pek dim sum beku ini didatangkan sekali dengan sos pencecah. Kadang-kadang apabila beli dim sum beku, tiada sos pencecah yang disertakan. Pandai-pandailah nak makan dengan sos apa. Ada 8 jenis dimsum di dalam pek - siew mai, daging, lada hitam, udang, keju dan macam-macam lagi. Dua ketul setiap satu perasa. Kira puas dan mengenyangkanlah. 

Sos pencecah yang disediakan.

Jumaat, Oktober 07, 2022

Kura-kura Datang Bertamu

Pagi semalam, sewaktu saya sedang berbual di telefon dengan seseorang, tiba-tiba dengar suara Bott menjerit-jerit panggil saya dan tanya kenapa ada kura-kura datang rumah.

Biar betul si Bott ni. Kura-kura? Saya fikir saya salah dengar. Saya pun bergegaslah ke pintu gelangsar. Ya Allah, betul ada kura-kura! Bayangkan, jarak pagar hadapan dengan rumah saya adalah lebih kurang dalam 20 tapak. Kura-kura tu memang masuk macam tetamu, ikut pagar dan merangkak laju mendekati pintu gelangsar. Ini mesti geng kura-kura yang menang lawan lumba lari dengan arnab. 🤣

Saya pun terus minta diri  tamatkan panggilan. Ada kura-kura datang rumah! Teman berbual saya siap suruh periksa sama ada ada tulisan ataupun tidak di atas cangkerangnya. Mungkin kura-kura tersebut digunakan untuk upacara anutan penganut agama lain dan terlepas.

Ingat tak suatu masa dahulu seekor kura-kura besar (Kursar) viral sebab suka jalan-jalan dengan tuannya ambil angin di sekitar kawasan perumahan mereka? Rasanya Kursar tu spesies gergasi Aldabra.


Ini Kurtasar, kura-kura tak berapa besar. 😂
Tetamu istimewa saya, Kurtasar

Khamis, Oktober 06, 2022

Dapat Baucar GrabFood RM100 Sebab Kopi

Semalam sewaktu saring-saring e-mel, baru perasan yang saya terlepas pandang satu e-emel ini. Pada awalnya saya ingat sekadar e-mel promosi produk atau neswletter. Tetapi, setelah dibaca terus senyum lebar sampai telinga!

Saya dapat baucar GrabFood RM100 lah!

GrabFood RM100 Value eGift

Rabu, Oktober 05, 2022

Lagu Paling Sedih yang Tajuknya Paling Panjang (Naim Daniel X Dolla)

Ini sebenarnya entri kord gitar Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku BuatSewaktu ternampak klip video lagu ini di Youtube, saya tak percaya dengan apa yang dilihat. Biar betul? Panjang benar tajuk lagu baharu kolaborasi Naim Daniel dan kumpulan Dolla.

Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat

Panjang, kan? Dapat baca dalam satu nafas tak? 🤣

Apapun, saya kira tajuk yang panjang berjela itu berjaya menjadi klik umpan (clickbait), mendorong orang ramai untuk menonton klip videonya. Sayalah salah seorang yang terjebak ‘termakan umpan’. 😂

Boleh layan! Melodinya lembut membuai melunakkan hati. Dah sedap didengar tu, apa lagi… cari chords la untuk main gitar. Kord gitar Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat di bawah ini boleh dikira versi mudah. Cuma ada terselit Fm. Tetapi, jangan risau. Jika rasa jari tu susah atau kekok untuk mainkan Fm asal, boleh cuba Fm mudah di bawah ini.

Fm (easy)

*Chord Fm yang ini tak ada 'body' sangat berbanding kord asal, tetapi bolehlah. 😁

Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat - Naim Daniel x Dolla (Easy Chords)



C
  Dengar sini ku nak kata
Em
  walaupun kau tak kan suka
Am                   F
  ini semua sia-sia

C
  Air mata jatuh lagi
Em
  di bantalku malam ini
Am                          F
  sikit lagi ku nak pergi