728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Rabu, 3 Februari 2016

Belanja 200 lebih, bayar 6 hengget je ;)

23 haribulan lepas, saya ada urusan di sekitar Kota Damansara. Selesai urusan, ended up di Giant, kononnya nak quench the thirst dan omnomnom sikit. Alang-alang dah sampai Giant, saya dan Bott masuklah ke dalam pasar raya. Saya nak cari T-shirt untuk Uje. Kebetulan, T-shirt Rock Express kegemaran adik bongsu saya memang ada dijual di situ.

Berbelanja di section pakaian, beli something untuk saya, Bott, Cekebon dan Uje, kami pun pergilah bayar. Total RM179.00. Rupa-rupanya hari itu, sempena Tahun Baru Cina, setiap RM68 yang kita belanja akan layak dapat 1 ang pau Giant. Ang pau ada isi tau! Kami dapat dua. Adik cashier yang peramah dengan senyuman manis suruh Bott pilih ang pau. Menurutnya, kandungan ang pau tak menentu. Ada yang dapat voucher,..ada dapat kupon diskaun untuk produk. Dengan excitednya, adik cashier tu cerita pada kami, earlier ada dua orang yang dapat voucher Giant RM100.

Bott pandang saya sengih-sengih sambil ambil dua paket ang pau. Nama nak dapat voucher seratus, too good to be true lah! Ikut rekod, bab-bab cabutan bertuah, ang pau bertuah,..kitorang memang jarang bertuah. So, tak delah teruja mana nak buka ang paunya. Kalau dapat kupon produk, mesti kita kena berbelanja beli produknya baru layak dapat potongan. Tak fikir panjang, (kebetulan ketika itu saya dapat panggilan telefon), terus saya masukkan dua ang pau tu dalam purse.

Nak dijadikan cerita, berhari-hari ang pau terperam dalam purse tanpa dibuka. Kalau ada antara saya dan Bott yang ingat tentang ang pau pun, kemudian kami akan distracted buat benda lain. Sehinggalah pagi Sabtu minggu berikutnya, kami nak keluar ke Shah Alam. Bott terus usul nak ke Giant Shah Alam sebab hari itu dia ada nampak barang di Giant, tapi tak jadi beli. Masuk kereta baru saya teringat tentang ang pau. Meh kita check mana tahu ada kupon yang boleh kita guna.

Beberapa minit kemudian, dua-dua ternganga dalam kereta. Betullah seperti apa yang budak cashier tu kata, ada yang bertuah dapat voucher RM100....Alhamdulillah, kami bukan setakat dapat RM100, kami dapat 2 X RM100! Setiap ang pau kami berisi voucher Giant bernilai RM100! Yabedabeduuuuuuu!

'Duit' untuk shopping :)

Dengan hati yang kembang kuncup, kami pun membeli belah barang dapur dan keperluan rumah. Total perbelanjaan RM206.15. Setelah digunakan kedua-dua voucher, hanya perlu bayar RM6.15 sahaja. Alhamdulillah, berbaloi-baloi! Jimat duit belanja dapur :)


90 ulasan:

  1. wahh bestnya.. rezeki kan Kak Farrah

    BalasPadam
  2. Alhamdullilah rezeki tu..bukan selalu tak bertuahnya.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi merasa gak bertuah sekali-sekala :)

      Padam
  3. Alhamdulillah rezeki Farrah moga selalu la begini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn...syoknya kalau ada rezeki begini lagi :)

      Padam
  4. Ya Allah! murah rezeki kak...hihihi...Sally dapat voucher je..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, ok juga tu Sally. Walaupun Sally dapat voucher je...tapi rezeki murah berlipat ganda kat tempat lain :)

      Padam
  5. Alhamdulillah.. rezeki...

    Beli banyak. bayar Rm6.15 je kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rezeki. Nasib baik akak tak selamba buang je sampul tu ;)

      Padam
  6. Alhamdulillah rezeki Allah macam macam cara ada :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Betul cakap Yana tu :)

      Padam
  7. "Ikut rekod, bab-bab cabutan bertuah, ang pau bertuah,..kitorang memang jarang bertuah"

    samalah yana pon! hahahah tapi sekali dapat memang terkejut la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak memang jarang-jarang bertuah bab ni ;)

      Padam
  8. wow! best nya dapat boucher kat giany.. jimat! jimat!

    BalasPadam
  9. Farrah, please send alamat Farrah kat emel saya, alamat Farrah hilang. huhu

    BalasPadam
  10. Whooooaa .. rezeki tuuu. ... tahun nii bnyk onggg .. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi sekali tu je lah merasa onggg ;)

      Padam
  11. Alhamdulillah...rezeki tu....tahniah2... ;-) syoknyalah kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, memang syok Erny :)

      Padam
  12. rezeki Kak Farah tu, Alhamdulillah

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah rezeki kan kak..alahai bertuahnya badan..kalau wana pun mau2 lompat time tu jugak..hepi!! Hihi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang lompat2 akak dibuatnya, wana :)

      Padam
  14. wah bestnyer!!!!! eyja selalu shopping kat giant kd. naper xterserempak eh. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh akak shopping kat sana sekali sekala je. Kalau terserempak pun akak maybe tak perasan sebab spesis jalan menonong! ;)

      Padam
    2. huahaha, sama lah kita jalan menonong juga. ingatkan kerap ke sana, haha

      Padam
  15. Ya Allah syoknya...murah rezeki... seronok tu Farrah kalau rm200 buat beli barang2 dapur/keperluan boleh tahan juga banyak barangnya.. puashati bayar rm6.15..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok, Ros. Penuh gaklah troli dengan barang rumah,..bayar 6 ringgit je. Rasa happy berganda. Terawang-awang je.

      Padam
  16. wahhhh untung ni...bertuah sungguh kak farah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi tuah ang pau Giant namanya :)

      Padam
    2. tu la.. ekin shopping kat tesco sokmo... huhuhu

      Padam
  17. ya allahhh bestnya. murah rezekkiii ni. ehhehe.

    BalasPadam
  18. wow best tu!... dapat pulak shopping barang dapur yg makin mahal harganya la ni.. heavenn sungguh la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang heaven sungguh, Mummy. Dapat pulak pi shopping time raya Cina. Banyak barang turun harga. Nilai 200 tu kiranya lebih sikitlah barang dapat beli berbanding biasa :)

      Padam
  19. Mengikut firasat mummy akan ramai lagilah yg akan bertuah untuk tahun monkey ni..almaklum la tahun mummy....hahahhaha :P

    BalasPadam
  20. RM 206.15 ... bayar RM6.15.. ish ish ish.. mummy jeles hokay..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan jeles lama-lama, Mummy. Mende ni saya merasa once in a blue moon je :)

      Padam
  21. Wah wah wah! Murah rezeki kak Farrah. Kalau saya jadi kak Farrah, saya akan jadi happy gila! haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang happy gila, dik. Walaupun bagi sesetengah orang amaun tu sikit, bagi akak dah cukup besar! Siapa nak bagi free2 kan,..

      Padam
  22. Perhhhhh.... ini betul betul bertuah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hikhikhik merasalah bertuah sekejap ;)

      Padam
  23. Alhamdulillah....

    Sy yg baca ni pun terlajak teruja...

    Hi hi hi

    BalasPadam
  24. Ada lg x offer voucher tu? Nk g gak lh... hi hi hi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa akak pergi dan guna voucher tu, dah tak nampak dah diorang bagi2 ang pau :)

      Padam
  25. Wahhh teruja plak ayu..
    kalau ayu pon jarang sgt bertuah nye
    tahniah kak farrah

    BalasPadam
  26. Alhamdulillah murah rezeki Kak Farrah. Bestnyaaa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah,...akak sengih macam nak gugur gigi dah, Dylla :)

      Padam
  27. peeeergh memang rezeki sungguh ni kak.. sakanla berbelanja..
    sampai kena bayar rm6 je hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. I was on cloud nine, CT. Happy extra vaganza!

      Padam
  28. kalo CT dapat memang habis borong makanan sajalah wakakaka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih...akak kena bagi-bagi...nak kasi cover keperluan rumah ;)

      Padam
    2. eehehe but still.. great reward =D

      Padam
  29. akak satu family memang peminat Giant ke guano ? wakakaka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak delah. Kebetulan je pergi Giant. Akak ni jenis singgah mana sempat je :)

      Padam
    2. ingatkan kalo mmg fan Giant.. bleh calonkan kot2 ada anugeran loyal customer ehehe

      Padam
  30. Alhamdulillah. Rezeki Allah tak siapa boleh jangka. Apapun, tahniah.

    BalasPadam
  31. alhamdulilah

    Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

    BalasPadam
  32. alhamdulillah rezeki sungguh..manyak ong k.farah ini tahun ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihih moga bertambah-tambah lagi rejeki lepas ni :)

      Padam
  33. Wahhhh rezeki sungguh ni kak Farrah :)

    BalasPadam
  34. Bebaru ni SS pon dpt gak vocer tapi bg HH je lah... He he he

    BalasPadam
  35. Mmg sakan la belanja 200... Byk tuh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kembang kuncupla idong dapat beli stok masak & barang dapur :)

      Padam
  36. wah ye ke. saya dapat hari tu voucher beras dan solivite je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best gak tu. Dapat yang kita guna :)

      Padam
  37. Wah bestnyaaaa brtuahnya korang...lya pernh dpt 50 je ari tu

    BalasPadam
  38. Alhamdulillah.. Rezeki sngt tu.. :)

    BalasPadam
  39. kak , syok sngat baca komen akak penuh troli bayar 6 hingget je.. beli barang kek , barang buat speggeti macam besttttt sgttttt

    BalasPadam
  40. alhamdulilah...rezeki tuuuu kan...tnpa diduga..sy pun selalu tak bertuah kalau ada cabutan bertuah....hihihi...tp ini kira sgt bertuah nihhh...dpt RM200...pergghhh...shopping sakan laa lepas tuhhhhh....hehehhe

    BalasPadam
  41. wah itu dinamakan bertuah dan rezeki.. sama laa kita Farrah selalu payah nak bertuah.. baru nih program opis, tetiba dapat hadiah cabutan bertuah..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...