Jumaat, 26 Oktober 2018

Kentang Bakar - Sedap Mudah Mengenyangkan

Saya selalu pastikan ubi kentang sentiasa ada dalam stok barang dapur. Sekurang-kurangnya apabila saya hendak sediakan sesuatu yang mudah dan sedap, my favourite pick is baked potatoes. Tidak kisahlah sebagai side dish, something to eat during brunch or just a simple treat for one, kentang bakar akan jadi sesuatu yang lazat untuk dinikmati.

Resepi kentang bakar sangat mudah. Disediakan dengan menggunakan ramuan minima yang boleh didapati di dapur. Secara dasarnya, kita hanya perlukan:
  • Kentang
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak masak

Kita juga boleh enhance keenakan rasa kentang bakar dengan pelbagai bahan lain (mengikut cita rasa). Kentang bakar kegemaran saya basically guna bahan-bahan di atas. Cuma apabila ingin dimanja-manja dengan rasa lemak keju, saya akan tambah keju dan gandingkan dengan herba yang sesuai seperti parsley, oregano atau thyme. Guna rosemary pun sedap! Jika tidak, guna empat bahan di atas sudah cukup buat saya.

Resepi Kentang Bakar (Baked Potatoes) Mudah

Langkah-langkah Penyediaan:

1. Basuh kentang bersih-bersih. Tidak perlu kupas kulit kentang sebab pada kulit kentang tu ada khasiat.
2. Saya suka potong kentang kepada empat bahagian. Jika tidak, boleh juga gunakan garpu dan buat lubang-lubang kecil pada kentang.
3. Sapukan minyak pada kentang, taburkan garam dan serbuk lada hitam.
4. Seterusnya, saya tambah hirisan keju, serbuk paprika dan parsley. At this stage, jika kalian mahu tambah sos, madu atau ramuan lain, dipersilakan!
5. Bungkus kentang di dalam kerajang aluminium (aluminium foil). Bakar pada suhu 200 - 220 darjah celcius sehingga kentang lembut. Lebih kurang 20 - 30 minit, bergantung pada oven dan saiz kentang.
6. Hidangkan dengan sos kegemaran.

Sedia untuk dimakan! 

Kentang Bakar Air Fryer

Sekarang ini, saya lebih gemar menggunakan air fryer untuk sediakan kentang bakar saya. Tidak perlu guna kerajang aluminium. Sediakan kentang seperti yang dinyatakan di atas. Kemudian, masak di dalam air fryer. Saya guna suhu 200 darjah celcius. Bab masa kena pandai-pandai adjust.

Selamat Mencuba!


Pssttt!! Terima kasih pada yang sudi datang sini dan tinggalkan komen-komen. Nanti saya balas kunjungan ya.


Inginkan lebih banyak resepi-resepi masakan menggunakan airfryer? Dapatkan buku resepi di bawah sekarang.










16 ulasan:

  1. Aaaaaaa, baked potato! Lama dah tak makan dan buat.

    BalasPadam
  2. Kakak saya mesti suka resipi. Sangat simple. Thank you for the recipe :)

    BalasPadam
  3. Sedapnyaaa kentang.. Kentang ni boleh variasi macam2 kan. .ekin pun suka makan kentang..

    BalasPadam
  4. Pernah buat sekali kentang bakar tapi tak letak apa la. .Bakar dlm bara api

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang macam tu pun sedap gak. Rasa smokey gitu.

      Padam
  5. Wah sedap tu makan kentang bakar

    BalasPadam
  6. Sedapnya.. Selalu sha potong kiub dan taburkan sedikit lada hitam dan butter je..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...