Selasa, Oktober 13, 2020

Penanda Buku Bermagnet Lagi....

Ini salah satu aktiviti kegemaran saya apabila saya tidak ada angin nak berbuat apa-apa. Masuk bilik kraf, cari sticker cantik-cantik, ambil magnet sheet dan kad atau kertas keras, buat penanda buku bermagnet.

Saya memang suka penanda buku bermagnet. Selain, dapat tandakan halaman pada buku yang kita baca, saya juga guna untuk tanda halaman-halaman penting pada journal dan planner saya. Kira macam hiasan dan aksesori journal-lah. Boleh pilih-pilih ikut tema layout/spread page. Makanya, bertambah berseri-serilah halaman jurnal kita nanti. Dapat juga beri pada kawan-kawan yang punya minat sama barang sekeping dua. 



Set di atas saya buat menggunakan set pelekat yang dibeli di Mr. DIY.  Berkenan dengan rekaan tumbuh-tumbuhannya. Disebabkan pelekat ini jenis lutsinar, saya gunakan latar belakang putih supaya pokok-pokoknya kelihatan lebih ketara. Perkataan-perkataan itu pula saya ambil dari buku pelekat ini.

YOU'RE FABULOUS!


Set seterusnya mengangkat tema merah jambu. Asalnya, ini merupakan die-cut embellishments dalam simpanan saya. Saya mati akal tak tahu nak guna macam mana kerana pink je ;)  Saya jarang guna pink dalam kerja-kerja kraf kertas saya. Makanya, kita buat penanda buku bermagnet.


Dah siap jadi satu set begini, nampak sweet pulak!


Ingin buat penanda buku bermagnet seperti di atas? Rujuk tutorial di sini ya.

Psstt!! Terima kasih pada yang sudi datang dan tinggal jejak. Nanti saya balas kunjungan kalian ya. In shaa Allah.


20 ulasan:

  1. Comelnya penanda buku!!! Lately nih saya dah jarang2 guna penanda buku. Selalu guna resit, kertas2 random dan gambar utk jadi bookmark. Pelik tapi benar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu memang unik tuh. Janji halamannya bertanda ya...

      Padam
  2. Cantik dan comel. Kreatif kak Farrah. Asal ada mood semua boleh jadi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Fiza. Betul tu, kalau ada mood semua boleh jadi. Cuba kalau mood ke laut. Habis semua kena lanting! :D

      Padam
  3. Boleh tanda buku juga rupanya. Ingat letak pada peti sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ini penanda buku tu kita letak magnet. Jadi magnet tu bertaut tandakan halaman kita.

      Padam
  4. Terpikat dengan set tumbuh-tumbuhan tu. Cantik sangat!

    BalasPadam
  5. sangat kreatif..teringin nak try tutorial akk sume ni..tapi tkde bahan2 yg mencukupi XD hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Don’t worry. Slow-slow kumpul bahan. Akak ni pun selalu beli barang sikit-sikit dulu, mana jumpa. Dah ada semua baru buat 😊

      Padam
  6. dari dulu terpikat dgn hasil tgn farrah.
    konon nak buat. hingga kini lom terhasil :) hu hu hu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan risau, Aida. Niat tu dah ada. Nanti one fine day boleh buat dengan the kids :)

      Padam
  7. Wahh kreatiflah. Tak terpikir plak. Buat sndiri bookmark tp selit mcmtu je.

    BalasPadam
  8. memang orangnya berseni kan.. buat ape pun jadikkkk hehe..

    BalasPadam
  9. So talented! I'm amazed sis. :) Cantiknya semuanya.

    BalasPadam
  10. Kreatif la awak.. buat magnet dan penanda buku sendiri!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.