Isnin, 19 Oktober 2020

Buat Puding Roti Mini

Baru-baru ini, semasa mengemas peti dingin beku, saya jumpa roti. Di rumah ini, mood makan roti ada pasang surutnya. Kalau time suka makan roti rasa macam baru je beli tetapi tahu-tahu dah habis. Bila time tak hendak, elok je roti tu tersadai atas meja sampai tarikh luput.

Untuk atasi masalah ini, memang selalu saya akan masukkan roti ke dalam freezer tanpa fikir panjang. Sekurang-kurangnya tidak membazir. Rasa nak makan roti, boleh bakar balik dalam oven atau toaster. Tidak pun, kita gunalah untuk buat puding roti :)

Inilah puding roti mini saya. Kenapa cenonet-cenonet? Alkisahnya, saya sudah lama tidak baking. Kebetulan awal tahun dahulu saya banyak jual barang-barang saya yang saya rasa saya tak akan guna termasuklah beberapa peralatan membakar kek dan kuih. Habis semua loyang kek saya kecil dan besar saya jual. Dalam fikiran tak terfikir langsung pun nak simpan barang sebiji dua.

Alih-alih apabila hendak membakar puding, barulah perasan yang loyang empat segi saya tiada. Mulalah muka terkulat-kulat. Mujur ada loyang mufin 20 lubang dan cawan kertasnya sekali. Jika tidak, jenuh pula nak melengser setiap lubang mufin tu. Makanya, jadilah puding roti mini! 

Beberapa tahun lepas, saya pernah kongsikan resepi puding ini. Hari ini saya terbitkan semula resepinya. Ini puding roti mudah yang tidak perlu kuah atau sos kastard. Secara peribadi, versi ini dah cukup kena dengan selera saya.


Resepi Puding Roti Mudah

Bahan-bahan:
  • 6 - 8 keping roti (carik-carik atau potong kepada empat segi kecil). Bab roti ini sebenarnya bergantung pada keadaan. Maklumlah, ada roti yang potongannya besar dan tebal. Ada pula yang nipis. Jadi, bilangan ini sekadar anggaran. Boleh ditambah bilangann roti jika adunan akhirnya kelihatan terlalu berair.
  • 2 cawan susu segar/penuh krim untuk rasa yang lebih lemak. Saya sekadar guna susu rendah lemak. Ingin guna susu cair atau susu tepung (yang dibancuh dengan 2 cawan air) pun boleh. 
  • 3 biji telur. Jika gunakan telur gred A, dua biji sudah mencukupi.
  • 2 sudu besar gula. Saya memang guna sedikit gula sebab tak nak manis sangat. Lagipun dah ada manis dari madu dan sultana. Jika mahu, boleh tambahkan 2 sudu besar gula lagi.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis 
  • secubit garam
  • Segenggam sultana/kismis/hirisan kurma
  • 1 - 2 sudu besar mentega untuk diletakkan di ats permukaan puding sebelum dibakar


Cara Penyediaan:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu. Suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
  2. Di dalam sebuah mangkuk bersaiz sederhana besar, pukul hingga sekata susu, telur, gula, madu, esen vanila, serbuk kayu manis dan garam. Setelah campuran ini sebati, masukkan carikan/potongan roti. Biar roti menyerap campuran susu buat seketika.
  3. Lengserkan loyang dengan mentega. Saiz loyang kek yang sesuai berukuran 8" X 8" X 2". Tuangkan separuh aduan puding roti ke dalam loyang. Taburkan sedikit sultana/kismis.
  4. Tuang baki adunan ke dalam loyang dan taburkan lebihan sultana/kismis pada permukaan adunan.
  5. Ambil satu sudu besar mentega, letakkan sedikit-sedikit pada permukaan adunan. Tujuannya nak bagi permukaan atas puding roti berkilat sedikit. 

Macam saya, disebabkan guna loyang mufin, saya letak cawan kertas dan sudukan adunan sehingga hampir penuh. Setelah itu, letakkan sedikit mentega di atas setiap puding. Saya rasa, jika tidak letak pun tidak mengapa. Proses ini bertujuan untuk bagi permukaan atas puding tu nampak berkilat.

Ini masa baru lepas keluar oven. Pipi setiap satu gebu-gebu. Nanti setelah sejuk sedikit, akan kempis berkedut-kedut sedikit seperti gambar di atas. Tetapi, rasa tetap awesome!

26 ulasan:

  1. Sedapnya puding roti buat minum petang2

    BalasPadam
  2. Senang sedikit hendak makan, tidak payah lorong. Simpan pun senang.
    Memang suka puding roti tapi tidak selalu buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi bite size. Sekali suap je.
      Saya selalu kalau roti dah lama sangat dalam peti sejuk, memang akan dipudingkan :)

      Padam
  3. Typo auto correct lorong=potong.

    BalasPadam
  4. Sedap puding roti. Boleh kenyang perut makan ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mengenyangkan, kak. Tapi untuk saiz ni kena ambil dua tiga biji la :)

      Padam
  5. Elok juga buat begini Farrah, senang nak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Puan Hazel. Senang nak hidang ikut portion :)

      Padam
  6. Balasan
    1. Tolong buatkan, Anies. Lepas tu kita ngopi sama-sama :)

      Padam
  7. Looks yummy! Nampak senang nak makan as snack

    BalasPadam
  8. Best gak buat mini saiz. senang sekali ngap. Comel pun comel haaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Tak sangka comel pula dia dala bentuk bite size ni. Tak perlu susah-susah potong :)

      Padam
  9. aaa ah la kan.. mood makan roti ni memang pasang surut..
    kadnag tu suka benar.. kadang tu hulur pun xmo..

    BalasPadam
  10. Rajin akak buat banyak2 kecik macam tu. Tapi nampak sedap n senang dimakan. Pop je dlm mulut eh tetibe habis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu ni kes dah buat tiba-tiba time nak bakar loyang tak de. Memang kalau nak makan tak cukup sebiji dua ni. Cenonet sangat!

      Padam
  11. alamak, I am on diet.
    Nampak ni rasa macam nak jugakkk.

    BalasPadam
  12. Puding roti ni kalau buat dekat rumah memang laku keras. Hee. Nanti nak buat juga la. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Ika. Kalau rajin buatlah sos kastard sekali. Kalau tak, makan begini pyun dah yummehhh!

      Padam
  13. Puding roti.. Sedap makan sejuk-sejuk.. Kalau bancuh kuah kastard lagi sedap kan kak..

    BalasPadam
  14. Nice!! Rajin buat puding roti. Kadang2 pun kalau roti expired elok lagi cik tk simpan peti, then nanti masak la apa2

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.