Rabu, Disember 02, 2020

Tukar Baju 11 Saat Depan Kamera

Haa hari ini kita cerita tentang video muzik terbaharu penyanyi tersohor Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza untuk lagu 'Kuasa Cintamu'. Saya memang suka lagu ini. Sebelum ini dah buat kord gitarnya di sini.

Apabila dapat tahu video muziknya akan disiarkan di Youtube pada 1 Disember, saya punyalah teruja. Yelah, hendak tengok apa kelainan yang akan ditonjolkan. Sementelahan lagu ini didedikasikan buat puteri sulungnya, Aafiyah. Mana tahu si comel tu buat special appearance.

Apakah yang menarik tentang video muzik 'Kuasa Cintamu' ini? 


Well, selain kemunculan si cheeky Aafiyah sebagai penyeri video muzik ini, 'Kuasa Cintamu' menggunakan teknik one shot one take. Bermaksud, keseluruhan klip video ini dirakam sekali harung dari mula sampai habis. Tiada istilah cut, tukar baju, rehat sekejap, tukar babak dan sambung balik. Mula lagu, terus shoot sampailah ke akhirnya.


Dapat bayangkan tak?

Kita sebagai penonton akan dapat lihat perjalanan cerita yang cuba dipaparkan melalui klip video tanpa suntingan. Wow, kan? Teknik ini memang akan wow kalau jadilah. Kalau salah walau satu babak, kena shoot dari mula sebab rangkaian babak tu dah terputus.

Sebelum ini ada beberapa artis yang pernah buat video muzik menggunakan teknik one shot one take. Antaranya, Afgan dalam lagu 'Katakan Tidak' (Dance Version). 


Apa istimewanya 'Kuasa Cintamu'?

Kalau hendak tengok TokTi tukar baju depan kamera dalam tempoh sesingkat 11 saat, inilah masanya. Menjelang bahagian akhir lagu, TokTi yang pada mulanya berbusana serba kuning akan menukar pakaiannya kepada serba merah. Ingat ya, ini one shot video. Maknanya, pertukaran pakaian perlu dilakukan semasa penggambaran video berlangsung.

Transisi babak daripada TokTi seorang diri menyanyi berbaju kuning ... kemudian semasa music bridge (lebih kurang 11 saat) kamera hanya fokus pada bahagian matanya. Setelah zoom out, kita akan nampak TokTi berbaju merah di samping band muzik yang mengiringi persembahan beliau.


Sekarang tengah tular di Twitter cuplikan di belakang tabir bagaimana babak ini dilakukan. Dalam tempoh singkat itu, kelam-kabut krew-krew angkat props - piano dan drum dan tukarkan persalinan TokTi. Bagi saya yang amat mudah terhibur ni memang wow sangatlah. 😁

Jadi, bagi kalian yang belum tonton lagi video muzik 'Kuasa Cintamu', carilah di Youtube. Kemudian kongsi dengan saya wow atau tidak.


Psst! Belum sempat blogwalking. Hujung minggu nanti insya-Allah saya terjah kalian ya.

 

14 ulasan:

  1. Kebaikan:jimat masa.
    Memang mencabar tukar baju waktu penggambaran.

    BalasPadam
  2. Hebatnya! Seperti pemain silap mata yang sepantas kilat memasang strategi.

    BalasPadam
  3. ooh okay., wak gi layan youtube tokti skrg jugak., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silalah layan ye, wak. Mana tahu boleh nyanyi utk orang rumah 😊

      Padam
  4. tk tgk lg full video..aritu tgk teaser

    BalasPadam
  5. laju betul.. demi lagu utk anak2 dia

    BalasPadam
  6. Ada tengok di twitter gak, hebat betul belakang tabir tu kan. MV yang meninggalkan kenangan terindah perjalanan hidup TokTi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siap angkat piano tu hahaha
      Memang tinggalkan memori indah punya 😀

      Padam
  7. tak tengok lagi mv dia tp ramai dok share snipet sket2 kt IG..
    kalau saya la shooting one go cemtu hahaha x menjadi. ada je bnda nak digelakkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha jadi kita lupakan sahaja niat nak shoot macam tu. Sampai ke sudah tak siap! Siti asyik gelak, akak dengan gelabah asyik jatuh, asyik tersungkur 😂

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.