Jumaat, April 18, 2014

Hindari Blog daripada Dapat 'Title' SPAM

Perkara ni sebenarnya biasa dilakukan oleh blogger. Kita tinggal komen sekali dengan link/pautan ke blog kita. Especially yang join 'giveaway' atau segmen-segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain. Kita akan blogwalking, menziarah teman-teman yang turut serta untuk tambah kenalan dan tinggal jejak dengan pautan blog kita.

Masalahnya, hal ini boleh menimbulkan masalah yang agak serius. Blog kita boleh kena 'remove' oleh pihak Google. Kenapa? Sebabnya, apabila terlalu banyak perkongsian links/pautan/URL di ruangan komen dalam satu satu blog, blog berkenaan akan dianggap sebagai SPAM. Jenuh nak dapat balik blog apabila Google dah beri 'title' SPAM.

Jadi apabila nak tinggalkan komen (saya hargai setiap komen kalian), harap dapat elak daripada memasukkan sebarang URL. Komen seperti biasa saja. Insya-Allah, saya tetap akan menjejaki kalian semula. Tetapi, jika hendak tinggalkan link juga, sila ikut langkah ini.

1. Tulis komen kalian di ruangan komen seperti biasa.

2. Masukkan kod di bawah.


Di bawah ni contoh yang saya buat.


3. Tekan Publish/Terbitkan.

Dan ini pula hasilnya.

 
Mudah kan? Then, senang orang nak klik. Terus berdesup meluru ke blog kalian. Selamat Mencuba!



Bukan Dia Tapi Aku - Judika (Easy Guitar Chords)

Kord Gitar From FAMF Tower

Kunci Gitar dan Lirik Bukan Dia Tapi Aku - Judika  (Easy Chords)



(Intro)
Em D C

Em D
berulang kali kau menyakiti
C G D
berulang kali kau khianati
Em D
sakit ini coba pahami
C G D
ku punya hati bukan tuk disakiti

Em D C

Em D
ku akui sungguh beratnya
C G D
tinggalkanmu yang dulu pernah ada
Em D
namun harus aku lakukan
C G D C D
karna ku tahu ini yang terbaik

(Chorus)
G D Em
ku harus pergi meninggalkan kamu
D C
yang telah hancurkan aku
G Am D
sakitnya sakitnya oh sakitnya

Em A
ku akui sungguh beratnya
C G D
meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Em A
namun harus aku lakukan
C G D C D
karna ku tahu ini yang terbaik

Ulang (Chorus)



Rabu, April 16, 2014

Berjaya disiapkan!

Alhamdulillah! Saya ada 10 tempahan kad ucapan yang perlu saya siapkan. Saya letak sasaran perlu selesai buat semua kad selewat-lewatnya esok. Syukur, kad-kad tu berjaya disudahkan malam ni. Kebetulan hari ni tak sibuk sangat. Lancar jelah projek kad ucapan saya ;)

Kebanyakan kad-kad yang saya buat ni berkonsepkan 'buku mini di dalam kad'. Dalam erti kata lain, saya letakkan sisipan lain di dalam kad untuk memberi ruang menulis yang lebih luas. Maklumlah, kad untuk perpisahan,...satu jabatan nak tandatangan, mana cukup ruang saiz kad biasa.

Antara kad-kad yang telah saya buat,..




Bahagian dalam kad dengan lebih ruang untuk menulis.



Nanti, bolehlah tengok perincian kad-kad ni apabila saya update di Crafts Belvedere.
OK, malam ni boleh tidur lena :)