Ahad, Ogos 10, 2014

Ini yang lambat sebab pakai kasut bola tu,...

Buat kesekian kalinya saya terserempak dengan Si Lipan! Huhuhu suka naik rumah nak jadi kawan eh! Alhamdulillah, Si Lipan tu dah jadi bangkai. Penangan garam kasar yang saya tabur. Itu petua orang dulu-dulu untuk hindar lipan yang mesra dengan julukan 'tulang lauk'. Selain daripada guna belerang, kita boleh guna garam kasar. Tak bahaya sangat kalau nak ditabur di dalam rumah yang ada anak kecil dan haiwan peliharaan.

Sebut tentang lipan, saya teringat satu kisah lucu masa kami adik beradik masih kecil. Dulu-dulu, apabila Baba tak outstation, saya, Cekengah dan Uje akan duduk keliling Baba dan main teka-teki. Kitorang kecik lagi, belum sekolah pun. Selalunya teka-teki, memang Baba yang jawab sendiri! Saya sebagai yang sulung, bilamana datang time geliga otak tu,..berjayalah jawab sekali-sekala. Dulu, kalau dapat luangkan masa dan main teka-teki dengan Baba dah kira hebatlah. Yelah, mana ada internet, Astro, Playstation ni bagai,...

Antara teka-teki yang saya ingat sampai sekarang ialah tentang Si Lipan.

Pada suatu hari, haiwan-haiwan di dalam hutan mengadakan perlawanan bola sepak. Si Lipan terpilih menjadi penjaga gol salah satu pasukan yang akan bertanding. Pada hari pertandingan, semua haiwan berkumpul dan bersedia untuk bertanding. Tetapi, perlawanan tidak dapat dimulakan kerana Si Lipan tidak sampai-sampai. Akhirnya, setelah menunggu beberapa ketika barulah Si Lipan muncul.

Kenapa Si Lipan lambat tiba?

Haaa,..masa ni saya 'bijak' sedikit. Saya pun jawablah sebab kaki dia banyak,..ambil masa untuk pakai kasut bola! Hehehe. Kebetulan kitorang ada kamus bergambar. Siap buka kamus untuk tunjuk gambar lipan pada Uje, yang ketika itu terpinga-pinga tak tahu lipan tu apa. Kaki dia banyak sangat ke?

Nak dijadikan cerita, beberapa hari selepas tu, kami main di tingkat bawah rumah. Uje sibuk main lori kuning kesayangan dia. Standardlah zaman-zaman dulu, budak lelaki sure akan ada lori yang boleh angkat-angkat body tu. Tengah-tengah main lori, lalulah seekor lipan depan kami. Selamba je Uje cakap, 

"Long, ini yang lambat sebab pakai kasut bola tu. Betullah kaki dia banyak!" 
"Banyakkan!"
"Eh,..mesti banyak kasut bola yang dia kena beli!"

Mak Tina, pengasuh kami yang ketika tu sedang masak, terdengarlah 'sembangan bersahaja' kami. Apa lagi, tak cukup tanah dia buka langkah besar nak dapatkan kitorang bertiga. Tak pasal-pasal, bila balik rumah Baba kena lecture. Mak Tina dengan loghat jawa pekatnya, "Kau main teka teki dengan anak pasal lipan, tapi kau lupa pesan lipan tu bahaya! Berbisa!

Hahaha! Saya dah cukup besar dah rasanya untuk faham yang insiden tu kelakar ;)






Kord Gitar Matahari - Hafiz (Easy Chords)

Ini antara lagu pilihan saya untuk minggu ni :)

Kord Gitar From FAMF Tower


 Kord Gitar dan Lirik Matahari - Hafiz (Easy Chords)



Am Em
Matahari tak cukup indah
F C
Pada pagi yang suram ini
Dm Am
Malam ku resah kerana
F E
Malam mungkin kelam

Panas Dalam? Cari Adem Sari

Hari ni badan rasa tak best. Mr. Influenza yang menyerang belum ready nak bid Goodbye gamaknya. Tekak kering dan payau. Bibir pun dah mula pecah-pecah. Badan saya panas dalam ni :( Kena minum Adem Sari.

Teringat pada Adem Sari, barulah tergopoh-gapah cari balik kotak Adem Sari saya. Selalunya saya memang akan simpan stok untuk diri sendiri. Cuma kadang-kadang, cara 'sistematik' saya menyimpan barang-barang (tak kisahlah ubat-ubatan, suplemen atau benda-benda penting) memang tip top sampai saya sendiri boleh lupa dan tak jumpa! 

Setiap kali nak kemas/simpan barang,.."Letak kat sinilah, tersusun sikit." "Simpan kat almari ni lah. Tak sakit mata." Niat murni nak organize benda memang terbukti sia-sia. Saya akan end up bongkar+geledah+tunggang terbalikkan stuff yang saya dah kemas semata-mata untuk cari saaaatuuuuu, ye...1 barang yang saya perlukan huhuhu.

Berbalik pada Adem Sari, akhirnya setelah buat treasure hunt dengan diri sendiri,...jumpa juga kotak Adem Sari saya. Ya Ampunnnnn! Kotak je nampak gah,...dalam tu hanya tinggal 1 pek! 

Adem Sari

Saya selalu minum Adem Sari ni untuk hilangkan panas dalam badan. Ada orang suka minum air badak kan...haaa saya lebih serasi minum Adem Sari. Air ni macam Eno. Saya suka rasa limaunya. Sesuailah untuk tekak yang payau+pahit. Rasalah segar sikit! Kebiasaannnya, orang dewasa kena minum 2 atau 3 pek sehari untuk legakan panas dalam. Nampak gayanya, petang ni kenalah saya gagahkan diri pergi kedai runcit beli Adem Sari lagi. 


Nota Senyum: Kena minum air masak banyak-banyakkkkkkkkk!




Sabtu, Ogos 09, 2014

Immortal Love Song - Mahadewa (Easy Chords)

Perbualan saya dengan Z dalam kereta beberapa minggu lalu.

F: "Siapa nyanyi lagu ni?"
Z: "Kumpulan Mahadewa."
F: "Mahadewa?"
Z: "Mmm ...band dari Indonesia. Eh, takkan ko tak tau! Bukan ko suka lagu-lagu dari seberang ke?"
F: "Tapi, suara dia macam Judika."
Z: "Tak ... Mahadewa!"
F: "Judika kot ..."
Z: "MAHADEWA lah!"

Malas nak gaduh macam budak remaja baru kenal dunia, perbualan kami terhenti setakat itu :) Kemudian, apabila Restu minta tolong saya buatkan easy chords untuk lagu ni,  barulah saya berkesempatan untuk cari info lanjut.

Oh ...rupa-rupanya Mahadewa merupakan kumpulan di bawah naungan Ahmad Dhani yang menggabungkan anggota Dewa 19 dengan Judika! Heheheh!

Okey, enjoy the song and chords. Restu, ini khusus buat kamu!

Kord Gitar From FAMF Tower

Kunci Gitar dan Lirik Immortal Love Song (Cinta Mati 4) - Mahadewa



C                 Em
Tak pernah ku sangka
         F                  G
Aku bisa merasakan cinta sejati
    Dm                 Am          F
Dan tak pernah benar-benar mencintai
        G
Manusia di bumi ini


Dm         Am
Hingga apapun akan ku beri
Dm       C    G  
Untuk kamu, kamu, kamu
Dm            Am
Dan tak pernah aku meminta
Dm          F      G
Balasan semua, semua, semua


(Chorus)

C              G
Tuhan pun tahu jikalau aku
        Am                  F
Mencintai dirimu tak musnah oleh waktu
    G                 Am
Hingga maut datang menjemputku
         F               G
Ku tetap menunggu kamu di lain waktu


Dm         Am
Hingga apapun akan ku beri
Dm       C    G  
Untuk kamu, kamu, kamu
Dm            Am
Dan tak pernah aku meminta
Dm          C      G
Balasan semua, semua, semua


(Chorus)

C              G
Tuhan pun tahu jikalau aku
        Am                  F
Mencintai dirimu tak musnah oleh waktu
    G                 Am
Hingga maut datang menjemputku
         F               G
Ku tetap menunggu kamu di lain waktu


(Solo)

C G Am F G Am F G