Salam Ahad! Another gift idea untuk jadi inspirasi kalian - The OUCH! Kit
The OUCH! Kit? It's a basic first aid kit yang kita personalised untuk someone. Lebih kurang begitulah konsepnya. The OUCH! Kit ini saya buatkan untuk Cekengah. Adik saya, kalau bab ubat-ubatan memang fail sikit. Benda basic macam plaster dan panadol pun tak ada. Well, sometimes ada...tapi dia sendiri tak tahu kat mana dia simpan atau letak. Bila dia batuk ke semput ke dan saya tanya ubat mana,...dia sendiri tak boleh nak locate.
Dari situlah tercetus idea nak buat The OUCH! Kit untuk Cekengah. Saja namakan OUCH! sebab nak bagi nampak fancy sikit :) Jom tengok apa yang kita perlukan.
- Beg kecil, pouch atau kotak kecil - Kita nak buat kit bersaiz kecil, yang ringan dan portable. Senang masuk beg atau letak dalam kereta.
- Keperluan asas first aid kit + ubat-ubatan tambahan (jika ada). Untuk Cekengah saya masukkan sekali Salbutamol Inhaler & pil Ventolin (ubat ashtma).
- Reben dan tag sebagai hiasan.
Abaikan tag Youtube sebab itu sekadar nak sesuaikan dengan tema Social Media Madness sempena birthday dia awal Mac yang lalu. (Baca di sini - Cekengah's Birthday Lunch)
The OUCH! Kit |
Isi kandungan kit |
- Inhaler Asthma
- Ubat Ashtma
- Plaster
- Panadol
- Pil 'Chi Kit' Teck Aun (Cekengah suka sakit perut.)
- Minyak Angin Cap Kapak
- Minyak Kayu Putih (untuk redakan batuk berkahak - sila baca di sini.)
Apa yang nak diisi ke dalam The OUCH! Kit bergantung kepada anda. Yang penting, untuk setiap item, tidak perlu letak dalam kuantiti yang banyak. Nanti dah bulky dan berat, siapa yang larat nak bawa ke sana ke mari :)
Psst! Selalu period pain? Pil 'Chi Kit' Teck Aun sesuai dimakan untuk redakan kesakitan saban bulan :)