Jumaat, Oktober 16, 2015

Donut Malt Berkeju

Salam Jumaat!
Semalam semasa keluar membuat beberapa urusan, Bott terliur tengok donut di King's. Donut bersalut gula yang biasa kita makan tu. Cuma saiznya agak besar dan nampak fluffy. Bott teringin nak beli. Harganya sebiji RM2.10 ke RM2.20. Belum sempat Bott nak ambil dulang, butang alarm 'skinflint' kat dalam kepala saya dah bergema! Whattttt?! RM2 untuk donut biasa? Tambah sikit lagi duit, dah boleh dapat Big Apple atau JCo. Selalunya bab makan saya tak berkira sangat, tapi donut simple begini sampai dua ringgit lebih,...basic ingredientsnya murah je kot. 

Saya tanya Bott betul-betul teringin ke? Bott dah buat muka seposen. Kawan baik saya ni memang pantang nampak donut! Donut yang fancy-fancy macam Big Apple tu dia tak heran sangat. Donut simple bergula yang jadi pojaan hati. Itupun setiap kali makan, dia akan katuk-katuk, kikis-kikis gula kat donut. Tak suka manis sangat, gulanya biar sedang-sedang aja. Jadi, bayangkanlah betapa saya rasa macam tak berbaloi je beli donut-gula-bakal-dikikis dengan harga dua ringgit lebih sebiji.

"Tak pe. Esok saya buat sepuluh biji untuk awak! Lagi puas makan!" 

Rabu, Oktober 14, 2015

Innallaha Ma'ana - Medina feat. Pipik (Easy Guitar Chords)

Salam Maal Hijrah. Selamat Tahun Baru 1437H.
Hari ini saya nak kongsi lagu dan chords lagu kumpulan Medina dari seberang. Bagi yang tidak tahu, anggota Medina ni sebenarnya kumpulan Matta yang dahulu popular dengan lagu Ketahuan dan Jatuh Cinta Lagi. Sekarang mereka tampil dengan imej baru dan konsep muzik bersifat ketuhanan. Saya suka lagu ini. Sangat sangat menyentuh perasaan.

Kord Gitar From FAMF Tower

Lirik dan Kunci Gitar  Innallaha Ma'ana - Medina feat. Pipik




Am               G                Am    E
Di saat kau merasa sendiri
                      F         G          C                E
dan kau merasa ada sesuatu yang hilang
            Dm                         Am
kau merasa lelah dan merasa lemah
                        F                             E
cemas dan gelisah menghantuimu

Selasa, Oktober 13, 2015

Jom Cuba Nasib - Si Pakar Peribahasa

Assalamu'alaikum, 
Susulan kepada entri Jom Cuba Nasib - Peribahasa yang berlangsung sepanjang hujung minggu lepas.

Not bad! Ramai jugak yang sudi memerah otak jawab soalan peribahasa PT3. Seramai 9 orang berjaya menjawab dengan tepat! Yang lain-lain tu adalah selisih satu atau dua jawapan. Kebanyakannya keliru dengan soalan nombor satu dan nombor empat. 

Jawapan tepat untuk nombor satu ialah 'bertikam lidah', bukan 'lidah lebih tajam dari pisau' atau 'kerana pisau lidah terluka' (angkat kening Ziana Zain sambil pandang Arz) Yang pergi letak pisau dekat dengan lidah tu kenapa? ;)  Jawapan untuk soalan keempat pula ialah 'di mana ada gula, di situ ada semut', bukannya 'mati semut kerana gula'.