Isnin, Januari 25, 2016

Jom Cuba Nasib - Tetamu Hebat 2015 | Bahasa Isyarat

Entri Jom Cuba Nasib yang pertama untuk 2016. Dah nak masuk bulan dua, saya masih belum umumkan siapa tetamu-tetamu hebat saya sepanjang tahun lepas. Nak tahu tak? Sebelum saya umum secara rasmi,..jom main 'terka-terrrrka' :)


Jom Cuba Nasib Tetamu Hebat 2015 | Bahasa Isyarat

Apa yang perlu dilakukan:
  1. Baca 10 nama tetamu hebat saya dalam baca isyarat. Jika perlu bantuan, sila klik di sini untuk talian hayat.
  2. Senaraikan 10 nama tetamu hebat di ruangan komen. Jika dapat sertakan nama blogger profile mereka lagi bagus kerana ada di antara nama-nama ini saya pandai-pandai singkatkan, bagi gelaran (you'll know what I mean.) Misalnya, apabila dah berbahasa isyarat tu, kalian dapat KAKAK MACHO, tulislah KAKAK MACHO dan SCDHA SEIN sekali. Faham kan? Kalau tak faham, tulis jelah apa-apa...asal bahagia :D

Jumaat, Januari 22, 2016

Kiriman Gembira Scdha Sein | Ros Nordin | Anamizu

Happy mails! Happy mails! Mari kita tengok, kiriman-kiriman gumbira ini siapa penghantarnya.

Namaku Tercacak di Mount Hua


I. Kanda Scdha Sein

Nampak sahaja tulisan bercetak di bahagian depan sampul surat, saya sudah tahu siapa pengirimnya. SS! Eh, tapi bukan ke baru lagi saya terima kiriman daripada SS?! Boleh baca Parcel Gembira SS dan HH di sini. Dapat lagi?! Hehehehe dengan senyum lebar, saya buka sampul surat. Dalam sampul surat ada sampul surat pink. Apabila dibuka ada sekeping fridge magnet gambar nama saya di  Mount Hua. Nama sampai dulu ye! Insya-Allah, tuan punya badan akan menyusul nanti. Gembiranya bukan kepalang! SS kalau bab bagi hadiah yang creative dan meaningful,...memang TERBAIK! Gambar ini diambil ketika SS bercuti di Xi'an hujung tahun lepas. Nak baca kisah kembara Xi'an SS dan sahabat travel a.k.a. sahabat sejatinya, HH? Sila terjah blog Kanda SS sekarang!

Cantik kan?

Khamis, Januari 21, 2016

Jom Sign Nama Kita Sendiri

Assalamu'alaikum.
Siapa yang suka sign language? Ini adalah antara ilmu yang ingin saya kuasai tetapi masih belum mampu belajar sepenuhnya. Setakat basic sentences and expressions lepaslah. Tetapi, apabila 'si penutur' gerakkan jari laju-laju dan mula mengeja nama orang atau tempat,...saya akan kelip-kelip mata terkial sendiri. ABC sign language saya berterabur!

Saya ada beberapa orang teman yang merupakan golongan tunakerna. Kelainan upaya dari segi pendengaran. Melalui merekalah saya belajar berbahasa isyarat sedikit sebanyak. Berminat tak? Haaa,..sebelum apa-apa,..mari belajar huruf dalam bahasa isyarat.