Khamis, April 21, 2016

DIY Mudah - Acrylic Table Top Sticky Notes

Assalamu'alaikum,
Another DIY to be tried. Acrylic Table Top Sticky Notes. Kos? Bawah RM5. Contohnya seperti di bawah:


Apa yang pasti, DIY mudah ini sangat sesuai diletakkan di atas meja belajar/meja kerja. Senang nak catat apa-apa. Kertas sticky notes dah tersedia di hadapan mata. Boleh jadi penyeri meja kita juga.

Rabu, April 20, 2016

Kertas Kraf Mr. DIY - Bronte Charm

Setiap kali saya ke Mr. DIY, saya pasti akan cari pek kertas kraf yang menarik. Ikut nasiblah. Kadang-kadang ada, kadang-kadang habis/tiada stok. Saya gemar beli kertas kraf Mr. DIY. Cantik-cantik dan masih lagi dalam kategori affordable. Di POPULAR pun sekarang ini ada banyak pilihan kertas kraf. Tetapi, semenjak produk-produk kraf POPULAR upgraded dan dijenamakan semula (dari PopArtz ke UW), harganya agak mahal berbanding dahulu. Beza dalam RM2 - RM5 jugalah. Jadi, kita kena pandai-pandai pilih mana yang berbaloi dibeli. 

Berbalik kepada kertas kraf Mr. DIY, kali ini saya beli pek baru dengan tema Bronte Charm. Tema bunga-bungaan. Sweet dan cantik semua rekaannya. Seronok buat kad dengan kertas-kertas ni :)

Selasa, April 19, 2016

Scrabble Tiles untuk Projek Kraf Kertas

Assalamu'alaikum,
Mula-mula sekali, saya nak minta maaf banyak-banyak. Belakangan ini komen-komen di blog memang tak dan balas. Blogwalking pun langsung tak sempat. Nak jengah kawan-kawan memang tak berpeluang langsung. Selain daripada kerja harian yang memang bertimbun-timbun, saya sibuk uruskan birthday party untuk Cekebon dan Dhila. Atas sebab-sebab tertentu, keraian buat mereka perlu diawalkan seminggu. Makanya, brkejar-kejarlah saya menyiapkan itu ini. Plus, ada satu birthday party yang saya dah agreed untuk take charge dari awal tahun lagi. Sabar ye. Nanti apabila semuanya selesai, saya datang bayar hutang :)

Untuk hari ini, saya ingin kongsi tentang printable Scrabble Tiles yang boleh digunakan untuk projek kraf kertas dan DIY kalian.