Jumaat, Oktober 25, 2019

Vadai untuk Sarapan

Vadei. Wadeh. Vadey. Vaday. Vadai. Tidak pasti yang mana satu ejaan yang tepat. Sipi dan selisih huruf je. Janji ada bunyilah kan....Vadai seperti yang tertera dalam gambar di bawah ini dipanggil ulunthu vadai atau ulundu vadai. Kuihnya garing di luar, lembut di dalam dan dibuat daripada kacang dal putih. 

Ada satu lagi jenis vadai yang keras sedikit teksturnya berbanding yang ini. Vadai itu diperbuat daripada kacang dal kuning. Saya suka dua-dua tetapi jika tanya preference, saya prefer ulunthu vadai. 

Ini antara sarapan kegemaran saya. Saya boleh makan tiga hingga empat biji sekali duduk. Lagi asyik tak ingat dunia apabila dimakan dengan kuah kelapa (chutney). Memang dap dap dap! Vadai ini 'import' dari Taman Tun Dr. Ismail. Lembut dan fluffy. Tengok kegebuannya kita dah confirm tergoda! 

Jarang-jarang berpeluang nikmati vadai ini sebab takkanlah nak pergi TTDI semata-mata dek kerana nak makan vadai. Jadi, sekali-sekala apabila berpeluang ke area sana, saya akan tapau vadai ini. Selepas itu, balik rumah...memang akan duduk dan nikmati sepuas-puasnya.

Khamis, Oktober 24, 2019

To Fold or Not To Fold

Saya pergi makan di Macha and Co. Tertarik tengok info yang diletakkan atas meja. Berkenaan daun pisang yang kita gunakan. Kan jika kita makan atas daun pisang, selepas selesai kita kena lipat daun pisang tu sebagai tanda kita dah habis makan.

Selama ini saya ingat boleh je lipat sesuka hati. Rupanya ada one tiny (but quite significant rule) yang kita kena observe.


Sebaiknya, daun pisang yang telah digunakan itu dilipat ke arah kita. Ini sebagai tanda kita appreciate hidangan yang sudah kita nikmati. Ingat ye, lipat ke arah kita. Jika sebaliknya (lipat ke luar, ke arah bertentangan), kita seolah-olah agak rude sebab tindakan lipat daun pisang ke luar hanya dilakukan ketika upacara pengebumian atau acara lain yang berkaitan dengannya sebagai menzahirkan takziah pada keluarga si mati. 

Jumaat, Oktober 18, 2019

Masak Lemak Cili Api Daging Salai Frozen

Gulai lemak cili api daging salai. Terliur tak? Haaa hidangan autentik dari Negeri Sembilan ini sememangnya menjadi kegemaran ramai. Terutama sekali bagi yang suka makan hidangan pedas. Terangkatttt! 

Saya memang suka. Suka gulai lemak cili api. Suka daging salai. Tetapi, hendak seru rajin untuk menyalai daging tu memang tidaklah. Bab-bab begini, saya lebih selesa jadi tukang makan sahaja. 😉  

Rezeki saya, baru-baru ini seorang kenalan Cekebon beri pek frozen ni. Bukan biasa-biasa. Ini pek daging salai frozen untuk masak lemak cili api. Cekebon tak boleh makan daging dan lauk pedas-pedas. Makanya, jadilah rezeki saya! Punyalah saya teruja! 

Daging salai yang sudah siap dihiris nipis. Satu bekas penuh ya. Extra point daripada saya sebab sangat memudahkan kerja!

Khamis, Oktober 17, 2019

Kord Gitar Kepingan Hati - ST12

ST12 merupakan antara band dari seberang kegemaran saya. Meskipun ahli asal dah berpecah, (Charly dan Pepeng bentuk Setia Band), kumpulan ini tetap tampil dengan lagu-lagu yang boleh tawan selera pendengar. 

Kali ini, ST12 bergabung dengan penyanyi Firman Siagian (kesukaan saya juga!). Dengan Firman sebagai vokalis baharu mereka, ST12 melancarkan sebuah single bertajuk 'Kepingan Hati'. This song might sound familiar sebab lagu ini sebenarnya pernah released di Malaysia sekitar tahun 2015. Tajuknya 'Terbaik Untukmu'. Ketika itu mereka tampil dengan vokalis lain.

Kredit: Nagaswara Official


Untuk #ST12NAFASBARU ini, 'Terbaik Untukmu' diberi nafas baharu dengan kemasan muzik yang lebih menarik dan ditukar judul kepada 'Kepingan Hati'. Muzik videonya sudah disiarkan di Youtube. Jika hendak tonton 'Kepingan Hati' carilah di Youtube. Boleh juga jika ngin bandingkan dengan versi dahulu, Terbaik Untukmu. Charly, vokalis asal ST12 pun ada buat cover lagu ini. Rasa-rasanya kalian suka yang mana satu?