Rabu, Mac 10, 2021

Tempahan Kad daripada Sha Mohamed

Assalamualaikum.

Hari ini kita bersiaran dari bilik kraf. Saya ingin kongsikan rupa paras kad hari lahir bertema burung flamingo yang ditempah oleh rakan blogger, Sha Mohamed.

Kad dengan tona merah jambu ini merupakan antara tempahan kad yang saya seronok siapkan. Salah satu sebabnya, saya memang suka flamingo. Warnanya, positive attitude yang selalu dikaitkan dengan flamingo ... bagi saya memang comellah burung berleher jinjang ini. 

Kemudian, Sha hubungi saya untuk tempah kad hari lahir agak awal, dalam pertengahan Februari sedangkan kad hendak diberikan kepada puteri bongsunya, Nur Imani pada awal Mac. Saya ada banyak masa untuk siapkan. Tidak perlu tergesa-gesa. 

So, both of us took our own sweet time untuk hasilkan kad yang diingini. Mula-mula pilih kertas dan kad. Esoknya tentukan layout, hari lain pilih hiasan sampailah ke proses akhir untuk Sha finalize design.

Antara proses awal. Comel kan burung flamingo tu ...

Isnin, Mac 08, 2021

Sambutan Hari Lahir Norma Baharu

Assalamu'alaikum. Hujung bulan lepas, hari lahir saya. Lazimnya, akan keluar makan-makan bersama keluarga untuk celebrate. Setiap tahun, birthday saya yang paling awal. Jadi, boleh tahan meriahlah gathering kami sebab dikira sebagai keraian pertama keluarga untuk tahun berkenaan. Lagipun, bab sambut birthday ini saya memang jenis yang paling over terujanya. Kalau boleh, tiap-tiap hari dalam bulan Februari tu nak anggap sebagai hari lahir saya.😁

Tahun ini, disebabkan birthday saya masih dalam tempoh PKP, tidak dapat hendak raikan dengan keluarga. Kami walaupun semua senegeri, tetapi terpisah antara daerah.  Semua kena jadi rakyat yang patuh agar wabak ini dapat dibendung. Makanya, kita buat sambutan norma baharu. 

Pelbagai kiriman kasih sayang yang saya terima. Kiriman melalui akaun bank pun ada juga. 😂 Dah namanya norma baharu, kan... memang betul-betul patuh SOP! Di bawah ini antara keriangan bertambah umur saya.



Bekalan untuk saya, Bott dan Yuri (kucing kesayangan saya, Anies) makan sepanjang tempoh saya anggap hari itu hari lahir saya. 😎 Kek birthday, lasagna super duper yummy, walnut scones. Dalam shopping bag tu ada sedikit buah-buahan, pek pasta, snek untuk kunyah-kunyah dan barang-barang dapur. Sebahagiannya sudah saya keluarkan sebab kena simpan terus dalam peti sejuk.