Selasa, Mac 15, 2022

Sumpahan Salju - Ara Johari (Easy Chords)

Sumpahan Salju, lagu terbaharu Ara Johari benar-benar memancing perhatian saya. Saya suka sentuhan moden segar yang mencantikkan lagi susunan muzik tradisional Jawa lagu ini. Irama yang catchy membuatkan lagu ini senang lekat di kepala dan pasti bakal menjadi siulan ramai.

Dari segi lirik, Sumpahan Salju mengangkat kisah dongeng kanak-kanak yang tidak asing dalam kalaangan kita, Snow White. Muzik video turut mengangkat tema penceritaan yang sama apabila Ara ‘dijelmakan’ sebagai seorang puteri Jawa yang termakan epal beracun, menunggu sang putera untuk datang menyelamatkan diri sekali gus menamatkan sumpahan salju.

Strim lagu hasil ciptaan Zimi dan Jerry di platform digital kegemaran kalian atau tonton video muzik Sumpahan Salju di saluran Rocketfuel Network.

Kord Sumpahan Salju di bawah bukan kord asal. Telah saya transposed ke versi mudah. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower

Ahad, Mac 13, 2022

Korban - Ernie (Easy Chords)

Korban merupakan lagu terbaharu daripada penyanyi Ernie Zakri. Apa yang saya suka mengenai lagu ini ialah gubahan melodi dan cara Ernie menyampaikannya. Malah, Korban merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi ini.

Apa yang menarik, setiap kali mendengar Korban, ibarat dibawa merentas masa ke zaman kegemilangan lagu-lagu balada Ziana Zain yang hits pada suatu masa dahulu. Tidak tahulah andai hanya saya yang berpendapat sebegini. Mungkin susunan muziknya dan mungkin juga cara penyampaian kedua-dua wanita ini hampir serupa. Malah, lenggok suara Ernie membawakan lagu ini juga kedengaran persis suara ibu saudaranya. 

Kord gitar Korban di bawah telah saya transposed ke versi mudah. Bagi yang belum mendengar lagu ini, kalian boleh strim Korban di platform digital kegemaran masing-masing. Video lirik boleh ditonton di Youtube. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower

Old MacDonald Had A Farm - Easy Guitar Chords

Hari ini saya kongsi kord gitar lagu kanak-kanak dan nursery rhyme yang popular - Old MacDonald Had A Farm. Salah satu lagu yang sesuai untuk aktiviti sing-along with the kids. Dahulu, saya suka buat aktiviti Bahasa Inggeris menggunakan lagu ini ketika ada sesi mengajar anak-anak kecil. Percayalah, sangat menyeronokkan sebab kita boleh lihat reaksi mereka yang teruja membuat bunyi haiwan.


Old MacDonald Had A Farm (Easy Guitar Chords)

Old MacDonald Had A Farm Chords